Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih

Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih
link : Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih

Baca juga


Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih

KOTOR, busuk dan meloyakan. Begitu keadaan sebuah rumah teres dua tingkat di Semenyih, Selangor apabila dibiarkan bersepah bagaikan ‘tongkang pecah’ oleh empat penuntut wanita sejak seminggu lalu.

Rumah berkenaan yang dikelolakan sebuah syarikat swasta sebagai hostel bagi menyediakan kediaman secara percuma kepada penuntut universiti swasta yang sedang menjalani latihan amali.

Wanita mahu dikenali sebagai Azimah, 26, berkata keadaan itu hanya disedari pada Jumaat lalu ketika kemasukan penghuni baru ke hostel berkenaan.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila mendapati barangan dalam rumah, dan pakaian dibiarkan bersepah dan tunggang-langgang.

“Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita, dan saya sangka hostel kena rompak, tetapi rupanya rumah memang dibiarkan berselerak.

“Malah sebaik melangkah masuk, kami ‘dihidangkan’ dengan bau busuk amat meloyakan.

“Apabila diperiksa, rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai,” katanya.

Menurut Azimah, dia tidak menyangka keadaan kediaman terbabit begitu teruk kerana penghuninya bakal menggengam segulung ijazah.

“Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan, dan sepatutnya bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turut menyediakan kediaman percuma.

“Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit-sebanyak mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sehingga kini masih tiada tindakan dikeluarkan oleh syarikatnya, namun dia mengharapkan amanah serta kemudahan kepada penuntut itu digunakan dengan sebaik mungkin.

Sumber: Harian Metro

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih

Sekianlah artikel Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rumah bagai tongkang pecah diduduki 4 pelajar wanita di Semenyih dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rumah-bagai-tongkang-pecah-diduduki-4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :