Judul : Rosyam syukur masih relevan
link : Rosyam syukur masih relevan
Rosyam syukur masih relevan
Tahun depan usianya mencecah angka 51 tetapi penampilan Datuk Rosyam Nor persis teruna berusia 30-an. Pelakon, produser dan pengacara ini akui perlu melakukan sesuatu untuk kekal relevan di dalam industri.
Dia juga bersyukur masih ditawarkan watak utama pada usianya kini dan percaya tidak ramai pelakon seusianya yang berpeluang begitu sebaliknya sekadar mempunyai impian.
Katanya, dia tahu ramai mengimpikan untuk terus pegang watak utama dalam filem tetapi dia gembira kerana berjaya menjenamakan nama Rosyam Nor.
“Saya ada cara sendiri. Saya tidak berlakon drama, tidak mengambil watak bapa yang ada anak dewasa atau berlakon setakat dua tiga babak saja.
“Saya jaga penampilan dari atas ke bawah. Setiap kali keluar, kena berpakaian potongan baru, pakaian semua beli sendiri. Walaupun ada yang mahu taja tapi kebanyakan tidak sesuai dengan penampilan yang saya mahukan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rosyam syukur masih relevan
Anda sekarang membaca artikel Rosyam syukur masih relevan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rosyam-syukur-masih-relevan.html