RM5.7 Bilion Wang Tak Dituntut Sejak 1977 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM5.7 Bilion Wang Tak Dituntut Sejak 1977, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Khabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Terbaru,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
KUALA LUMPUR – Sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sejak 1977 sehingga 30 Jun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata jumlah itu melibatkan lebih 55 juta rekod akaun seperti akaun simpanan, semasa dan perniagaan.
Wang tidak dituntut itu termasuklah gaji, bonus, komisen, dividen yang tidak dituntut bagi tempoh antara setahun dan tujuh tahun, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (Parit-BN) mengenai jumlah WTD yang masih berada dalam simpanan Bahagian WTD jabatan itu selaku pemegang amanah.
Othman berkata orang ramai boleh membuat semakan sekiranya mereka mempunyai WTD di 25 kaunter WTD di seluruh negara iaitu 13 kaunter di Semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan satu kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.
Sebagai pemegang amanah, pihak kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang tersebut dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut, katanya. – BERNAMA
Demikianlah Artikel RM5.7 Bilion Wang Tak Dituntut Sejak 1977
Sekianlah artikel RM5.7 Bilion Wang Tak Dituntut Sejak 1977 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RM5.7 Bilion Wang Tak Dituntut Sejak 1977 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rm57-bilion-wang-tak-dituntut-sejak-1977_26.html