Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan

Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan
link : Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan

Baca juga


Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mengalami retak di bahagian tengkorak, dipercayai akibat dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang pada Jumaat lepas, selamat menjalani pembedahan pagi tadi.

Ibu saudaranya Siti Haishah Mansor, 30 berkata Syazana Amirah Asshaari selesai menjalani pembedahan di kepala selama lebih tujuh jam bermula 4 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siti Haishah yang ditemui Bernama di HKL hari ini, berkata Syazana Amirah yang dipanggil Nana belum sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neurologi.

"Memang ini perbuatan di luar batasan dan saya terkejut dengan apa yang terjadi kepada Nana...kami mengharapkan orang ramai turut mendoakan Nana pulih dengan segera seperti biasa," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, Syazana Amirah ditemui ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala dan dagu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan, berkata pemeriksaan mendapati tengkorak mangsa di sebelah kiri dan kanan retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.

Othman berkata dua unit telefon bimbit serta dompet milik mangsa juga dilaporkan hilang.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan

Sekianlah artikel Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja retak tengkorak akibat disamun selamat jalani pembedahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/remaja-retak-tengkorak-akibat-disamun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :