Remaja Maut Terlanggar Lembu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja Maut Terlanggar Lembu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Khabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Terbaru,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
BESUT – Malang menimpa seorang remaja lelaki yang maut akibat motosikal yang ditunggangi bersama rakannya terlanggar seekor lembu yang sedang berehat di Jalan Bukit Tanah, dekat Kampung Tembila, Besut di sini kira-kira jam 9.15 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata Mohammad Azrizal Akashaf Mohd Yusry, 16, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut akibat cedera parah di kepala dan badan.
Rakannya Muhammad Shahrul Nizam Abu Bakar, 17, hanya cedera ringan.
Mohd Zamri berkata sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z bersama rakannya dalam perjalanan dari Kampung Tembila ke Renek apabila terlanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan hingga menyebabkan mereka terjatuh ke jalan raya.
“Mereka dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh orang ramai yang kebetulan lalu di tempat kejadian tetapi Mohammad Azrizal Akashaf meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya kepada media di sini hari ini.
Siasatan awal mendapati mangsa menunggang tanpa lesen memandu dan kawasan tempat kejadian didapati gelap kerana tiada lampu jalan. – BERNAMA
Sekianlah artikel Remaja Maut Terlanggar Lembu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja Maut Terlanggar Lembu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/remaja-maut-terlanggar-lembu_5.html
Kurung Isteri Kerana Cemburu
Kisah percintaan dan perkahwinan antara remaja, Selamat, 16 dengan isterinya, Rohaya, 71, terus menjadi perhatian ramai.
Terbaru, Selamat …Read More...