Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak

Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak
link : Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak

Baca juga


Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak

KUALA LUMPUR: Rapid KL pada Ahad memberi jaminan bahawa semua mesin bayaran tokennya (TVM) berfungsi dengan baik dan menafikan dakwaan konon beberapa buah mesin itu di stesen MRT Sungai Buloh tidak berfungsi.

Rapid KL dalam satu kenyataan dikeluarkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata barisan panjang penumpang di TVM sebenarnya akibat kehadiran mendadak penumpang ekoran sambutan amat menggalakkan terhadap perkhidmatan MRT.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa token di mesin bayaran perlu ditambah nilai semula dan ini mengambil sedikit masa.

"Semua TVM berfungsi dengan baik. Cuma membabitkan kes yang memerlukan token yang telah dibeli pelanggan lebih awal, ditambah nilai.

"Kami berdepan dengan kehadiran penumpang yang cukup ramai di stesen Sungai Buloh, dan kami percaya peningkatan jumlah penumpang datang dari kawasan yang berhubungan dengan Komuter KTM. Mereka datang semata-mata untuk merasai pengalaman menaiki MRT pada Ahad.

"Kami bersyukur dan berbangga dengan sokongan besar mereka. Bagi pihak Rapid Rail, pengendali laluan MRT Sungai Buloh - Kajang, kami ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi atas sokongan itu," ujar kenyataan tersebut.

Oleh itu, Rapid KL menasihatkan penumpang supaya memilih cara perjalanan tanpa menggunakan wang, sebalikinya menggunakan kad MyRapid Touch n Go (TnG), yang juga boleh digunakan di semua rangkaian kembara Rapid KL.

"Ini tidak saja lebih selesa, tetapi jua membklehkan penumpang. Lebih penting adan tidak perlu beratur di TVM dan menjimatkan masa," ujar kenyataan itiu.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak

Sekianlah artikel Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rapid-kl-nafi-mesin-bayaran-token-rosak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :