Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan

Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan
link : Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan

Baca juga


Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan

SIBU – Terdapat cubaan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memusnahkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, usaha itu dilakukan dengan menimbulkan perasaan syak wasangka dalam kalangan rakyat negeri itu, yang mempunyai hubungan erat sejak  50 tahun lalu.

“Kita harus bersama-sama menolak segala dakyah dan usaha ini serta tidak mudah terpengaruh, agar perpaduan dan keharmonian ini dapat dikekalkan buat selamanya untuk diwarisi anak-anak pada masa hadapan.

“Kita berjaya mewujudkan masyarakat bersatu padu sejak lebih 50 tahun dahulu, maka kita harus berusaha untuk memastikan ia menjadi gaya hidup masyarakat pelbagai kaum  di Sarawak,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Sarawak Celebrates bersempena sambutan Aidilfitri di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, malam tadi.

Dr. Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berkata, untuk membina masyarakat bersatu padu bukan perkara mudah kerana ia memerlukan tamadun, masa, wang ringgit dan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama.

“Tetapi perpaduan ini amat mudah untuk dimusnahkan. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk mengekalkannya,” tegasnya.

Menyentuh mengenai Sarawak Celebrates, beliau berkata ia merupakan inisiatif menerusi bidang keberhasilan utama ‘Kesejahteraan Masyarakat’ Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Sambutan ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep kongsi raya melalui kesemua perayaan utama di Sarawak iaitu Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Hari Raya dan Krismas di seluruh 40 daerah di Sarawak.

Beliau memuji inisiatif tersebut kerana boleh ia dijadikan sebagai platform dalam memperkasakan lagi perpaduan rakyat di negeri itu. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan

Sekianlah artikel Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Sarawak Perlu Tolak Cubaan Musnah Perpaduan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rakyat-sarawak-perlu-tolak-cubaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :