Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu

Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu
link : Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu

Baca juga


Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu

Seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa lelaki berwajah anime, Amirul Rizwan Musa, yang tular di laman sosial dan media tempatan baru-baru ini adalah rekaan semata-mata.

Memetik laporan Harian Metro, wanita yang mahu dikenali sebagai Bella Barbie berkata, wajah sebenar lelaki yang terkenal dengan nama ‘Miyyo Rizone’ itu berbeza berbanding gambar wajah yang tular di media sosial.

Katanya, lelaki berkenaan menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan gambar untuk mencipta imej yang menyerupai watak kartun anime untuk mendapatkan perhatian.

“Sebab itu ‘Miyyo Rizone’ tidak mahu munculkan diri apabila ada beberapa rancangan di televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya berbeza dengan gambar yang tular.

“Selain wajah, namanya yang didedahkan kepada media juga bukanlah nama sebenar kerana saya mengenali rapat dengannya sebelum ini.

“Saya bukan nak mengaibkan atau mahu publisiti diri sendiri, tetapi tidak mahu orang ramai terus terpedaya dengan gambar yang diedit oleh lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, kos pembedahan yang dijalankan oleh lelaki itu yang dikatakan berjumlah hampir RM200,000 juga adalah palsu sebaliknya pembedahan itu tidak sampai RM5,000.

“Saya sendiri pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah di dalam negara dan saya tahu nilai sebenar kos pembedahan itu.

“Saya mengenalinya tujuh bulan lalu daripada rakan saya dan dia pernah bercerita kepada kami bahawa dia pernah menjalani pembedahan mencecah RM500,000,” katanya yang enggan mendedahkan nama sebenar.

Bella Barbie menjadi perhatian media sosial tempatan apabila memuat naik status di laman sosial Facebooknya pada Ahad yang membongkar penipuan Miyyo Rizone beserta gambar terkini dirinya bersama pemuda berkenaan.

The post Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu

Sekianlah artikel Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakan Dedah Lelaki Wajah Anime Penipu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rakan-dedah-lelaki-wajah-anime-penipu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :