Judul : Rakaman Detik-Detik Kemalangan Maut Lori Mengundur Laju Ke Belakang Orang Ramai Bertempiaran Lari
link : Rakaman Detik-Detik Kemalangan Maut Lori Mengundur Laju Ke Belakang Orang Ramai Bertempiaran Lari
Rakaman Detik-Detik Kemalangan Maut Lori Mengundur Laju Ke Belakang Orang Ramai Bertempiaran Lari
KABUPATEN BOGOR, INDONESIA - Satu kemalangan maut berlaku dengan penuh tragis apabila sebuah lori dengan muatan dipercayai mengundur laju ketika berada di sebuah jambatan di laluan berbukit yang telah mengorbankan tiga orang awam.
Dalam kejadian jam 9 pagi Isnin lalu itu, sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Sukabumi menuju ke daerah Ciawi, dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum kenderaan itu berundur ke belakang dengan laju memandangkan kawasan berkenaan berbukit yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari.
Ketika kejadian itu beberapa kenderaan lain yang berada di belakang lori tersebut dan beberapa penumpang serta pemandu kereta jenis Toyota Avanza, Honda Jazz dan sebuah lori yang membawa air minuman didapati menjadi mangsa dalam kemalangan itu yang menyebabkan 3 orang maut.
Detik-detik kemalangan yang mengejutkan itu turut dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran jalan berkenaan. Rakaman video itu juga turut mendapat perhatian netizen sehingga jadi tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat orang ramai.
Dalam rakaman video yang berdurasi lebih dari 2 minit itu menunjukkan bagaimana kemalangan maut itu berlaku, malah dapat dilihat bagaimana kelajuan lori tersebut mengundur secara ke belakang.
Berikutnya adalah rakaman video selepas kemalangan tragis itu berlaku dan kelihatan orang ramai sedang menolong mangsa-mangsa kemalangan.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rakaman Detik-Detik Kemalangan Maut Lori Mengundur Laju Ke Belakang Orang Ramai Bertempiaran Lari
Anda sekarang membaca artikel Rakaman Detik-Detik Kemalangan Maut Lori Mengundur Laju Ke Belakang Orang Ramai Bertempiaran Lari dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rakaman-detik-detik-kemalangan-maut.html