Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai

Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai
link : Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai

Baca juga


Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai

KUALA LUMPUR: Panel siasatan dalaman Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan memulakan prosidingnya terhadap empat individu penting dalam syarikat tersebut bermula 24 Julai ini.

Pemangku Pengerusi FGV Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, keputusan oleh panel siasatan dalaman itu dijangka diumumkan pada 14 Ogos ini.

Menurutnya, empat individu yang akan dipanggil pada prosiding berkenaan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan CFO dan dua lagi individu.

Katanya, panel siasatan itu akan dianggotai oleh tiga panel bebas yang terdiri daripada individu di dalam FGV.

"Kita akan buat siasatan secara telus dan ia adalah siasatan dalaman yang dianggotai oleh panel yang bebas. Ini bukan konspirasi untuk menjatuhkan sesiapa.

"Tidak ada isu hendak jatuhkan sesiapa, saya takutkan Tuhan. Dan kita akan tentukan bentuk hukumannya selepas selesai segala siasatan itu nanti," katanya kepada pemberita.

BACA: FGV akan rujuk kes CEO, CFO kepada panel siasatan dalaman

Selain itu, beliau turut menafikan adanya campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu membabitkan FGV.

Sulaiman ditemui media ketika hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri FGV di ibu negara.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai

Sekianlah artikel Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prosiding panel siasatan dalaman FGV bermula 24 Julai dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/prosiding-panel-siasatan-dalaman-fgv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :