Judul : Presiden Moon Harap Reaksi Positif Korea Utara
link : Presiden Moon Harap Reaksi Positif Korea Utara
Presiden Moon Harap Reaksi Positif Korea Utara
SEOUL – Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berharap Korea Utara akan memberi reaksi positif terhadap inisiatif perdamaian yang dicadangkan beliau ketika berada di Jerman minggu lalu.
Menurut agensi berita Xinhua, Moon mempengerusikan mesyuarat kabinet pada hari Isnin, mesyuarat kabinet yang pertama selepas sekembalinya beliau daripada menghadiri Sidang Kemuncak G20.
Semasa berada di Berlin, Moon mencadangkan Inisiatif Keamanan Semenanjung Korea untuk menjelaskan hala tuju dan dasar pentadbirannya dalam mewujudkan keamanan yang berkekalan di rantau itu.
Inisiatif itu bertujuan mewujudkan Semenanjung Korea sebagai kawasan bebas senjata nuklear, selain meneruskan semula dialog dengan negara jirannya itu bertujuan menghapuskan senjata nuklear.
Ia juga bertujuan mewujudkan perdamaian berkekalan di Semenanjung Korea untuk menamatkan genjatan senjata yang masih berlarutan sejak Perang Korea 1950-1953.
Secara teknikalnya, kedua-dua negara di Semenanjung Korea itu masih lagi berada dalam keadaan perang memandangkan ia berakhir dengan genjatan senjata dan bukannya perjanjian damai.
– BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Presiden Moon Harap Reaksi Positif Korea Utara
Anda sekarang membaca artikel Presiden Moon Harap Reaksi Positif Korea Utara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/presiden-moon-harap-reaksi-positif.html