PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO

PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO
link : PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO

Baca juga


PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan parti hari ini bersama-sama puluhan ribu tetamu meraikan majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 hari ini, yang disambut ceria dan penuh keharmonian.

Najib, yang juga Presiden UMNO, tiba kira-kira 11.50 pagi di Dewan Tun Razak 1 Pusat Dagangan Dunia Putra, segak bergaya dengan sepersalinan baju Melayu berwarna kuning sedondon dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermiyati Samsudin, Ketua Penerangan Tan Sri Anuar Musa, anggota Majlis Tertingggi, barisan jemaah menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Hadirin disajikan dengan pelbagai jamuan istimewa daripada badan perhubungan UMNO negeri masing-masing seperti Soto Bangi, Rendang Arau, Mee Bandung Muar, Laksa Kedah, Nasi Kandar Penang dan pelbagai juadah selain dipersembahkan dengan nyanyian dan tarian tempatan.

Suasana majlis kelihatan padat dan sesak apabila masyarakat daripada pelbagai lapisan, latar belakang, agama sanggup beratur di setiap gerai makanan dan juadah yang dihidangkan hingga memenuhi setiap pelosok dewan.

Ada antara tetamu yang tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan bergambar dengan tetamu kehormat dan artis tempatan bagi merakamkan memori Syawal bersama.

Terdapat juga tetamu yang terdiri pelbagai bangsa dan pelancong asing hadir serta menceriakan rumah terbuka itu yang turut disajikan dengan persembahan kebudayaan.

Antaranya, Muliandy Goppan, 54, dari Jalan Masjid India berkata beliau gembira kerana berpeluang menghadiri rumah terbuka itu di samping berasa bangga kerana dapat berkumpul dengan masyarakat pelbagai kaum.

“Walaupun UMNO merupakan parti orang Melayu tetapi hari ini kita dapat lihat masyarakat berbilang bangsa turut hadir memeriahkan acara. Ini baik untuk perpaduan. Saya sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa India berasa gembira dapat turut serta, kita dapat rasakan kedekatan itu,” katanya.

Sementara itu, Beatrice Chong, 25, seorang pelajar universiti swasta tempatan jelas  teruja dan gembira dapat bertemu Perdana Menteri.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusuf sebelum ini berkata kira-kira 50,000 hingga 70,000 tetamu dijangka memenuhi rumah terbuka tahunan tersebut yang dianjurkan hingga 3 petang ini.- BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO

Sekianlah artikel PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pm-santuni-puluhan-ribu-tetamu-di-rumah_16.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :