Pihak ketiga punca katanya

Pihak ketiga punca katanya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pihak ketiga punca katanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pihak ketiga punca katanya
link : Pihak ketiga punca katanya

Baca juga


Pihak ketiga punca katanya

TIGA wanita maut dalam kemalangan di Kilometer 56.8 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, dekat Kampung Air Kala, Lenggong, pada petang Sabtu.

Mereka adalah Wong Mee Lai, 47; Foke Yoke Wah, 25 dan Woke Mei Yong, 44, dan kesemuanya berasal dari Ipoh.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa, berkata kemalangan berlaku pada 4.30 petang.

Katanya, ia membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Exora, Perodua Myvi dan Kia Spectra serta membabitkan 12 mangsa dengan tiga daripadanya maut di lokasi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Myvi dinaiki lima wanita dari arah Gerik ke Kuala Kangsar.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, Kia Spectra dipercayai melanggar belakang kereta terbabit hingga menyebabkan pemandu Myvi hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Exora yang dari arah bertentangan gagal mengelak dan bertembung dengan Myvi.

“Akibat pertembungan itu, dua penumpang Myvi tercampak keluar kereta dan maut di lokasi kejadian manakala pemandu dan seorang penumpangnya parah.

"Exora itu pula dinaiki lima sekeluarga membabitkan suami isteri dan tiga anak lelaki mereka. Penumpang hadapan iaitu isteri agak parah.

“Dua lelaki iaitu pemandu dan seorang penumpang Kia tidak cedera," katanya ketika dihubungi.

Ismail berkata, mangsa yang parah menaiki Myvi adalah Chong Yah Wen, 23 (pemandu) dan Wong Mei, 56, penumpang depan.

"Pemandu Exora, Saiful Haslim Toat, 35, bersama tiga anak lelakinya Muhammad Danial Mirza, 7 bulan; Muhammad Danial Iman, 7 tahun, dan Muhammad Danial Farish, 5, tidak cedera.

"Isterinya, Roslina Othman, 35, yang ketika kejadian memangku anak bongsu mereka agak parah," katanya.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pihak ketiga punca katanya

Sekianlah artikel Pihak ketiga punca katanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pihak ketiga punca katanya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pihak-ketiga-punca-katanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :