Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh…

Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh… - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh…
link : Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh…

Baca juga


Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh…

NEW DELHI – Seorang lelaki memetik gitar semasa otak dibedah membuktikan prosedur lain daripada lain itu berjaya bantu rawat masalah yang menghalangnya daripada bermain alat tersebut.

Menurut akhbar Times of India, warga India bernama Abhishek Prasad itu disahkan mengalami gangguan otak yang menghalangnya untuk memetik gitar dengan betul.

Gangguan tersebut juga menyebabkan jari-jemarinya tidak dapat bergerak di sebelah tangan.

Lelaki yang berusia 37 tahun itu kemudian berusaha untuk mendapatkan rawatan dari pelbagai pakar sebelum doktor-doktor di Hospital Bhagwan Mahaveer Jain di Bangalore menyarankan prosedur aneh untuk memulihkan kondisi yang dikenali sebagai “dystonia pemuzik”.

Pakar-pakar bedah menggerudi (drill) tempurung kepalanya serta menggunakan anastetik dan melampirkan elektrod yang membolehkan mereka menunjukkan secara khusus tempat yang memerlukan “pembakaran” dalam otak bagi merawat gangguan saraf yang jarang-jarang berlaku itu.

“Sepanjang pembedahan itu, Abhishek berada dalam keadaan sedar sepenuhnya dan turut bermain gitar, memandangkan masalahnya berlaku hanya apabila beliau cuba untuk bermain,” kata Dr Sharan Srinivasan dalam kenyataannya dipetik Times of India.

“Cara tersebut adalah sangat penting untuk doktor mengenal pasti lokasi khusus sasaran untuk dirawat.”

Encik Prasad turut menceritakan pengalaman luar biasanya berada di meja pembedahan dalam keadaan sedar bagi prosedur tujuh jam itu, meskipun jari-jemarinya kian kepenatan.

“Saya kagum melihat jari-jemari saya tiba-tiba semakin pulih di meja pembedahan itu juga. Selepas selesai pembedahan, jari-jemari saya sembuh 100 peratus dan saya boleh menggerakkannya seperti biasa,” dedahnya kepada akhbar Times of India.

Jahitan di kepala Encik Prasad dibuka di hospital semalam, di mana beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan memainkan beberapa lagu bagi menunjukkan sejauh mana beliau sudah sembuh. – Agensi

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh…

Sekianlah artikel Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petik Gitar Sambil Otak Dibedah, Dan Sembuh… dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/petik-gitar-sambil-otak-dibedah-dan_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :