Judul : Pesara cedera dikasari inspektor polis
link : Pesara cedera dikasari inspektor polis
Pesara cedera dikasari inspektor polis
POLIS akan menyiasat dengan telus kejadian seorang pesara kerajaan berusia 59 tahun yang cedera dipercayai dikasari serta diugut seorang inspektor polis di depan Tadika Mars, Jalan Taming Sari, Taiping, hari ini.
Difahamkan, kereta dinaiki mangsa turut mengalami kerosakan dipercayai dilakukan pegawai polis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham di antara mereka ketika di jalan raya.
Katanya, polis akan menjalankan siasatan secara telus serta adil dan akan mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan jika didapati bersalah.
"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota polis sekiranya didapati melanggar undang-undang.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324/427/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” katanya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pesara cedera dikasari inspektor polis
Anda sekarang membaca artikel Pesara cedera dikasari inspektor polis dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pesara-cedera-dikasari-inspektor-polis.html