Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM

Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM
link : Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM

Baca juga


Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM

Perjanjian sewa beli kenderaan antara 500 pengadu yang melibatkan 1,500 kereta dengan sebuah syarikat pajakan kenderaan yang tular baru-baru ini, tidak sah.

Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, situasi itu berlaku kerana kenderaan tersebut adalah di bawah akta sewa beli.

Beliau berkata, dalam akta sewa beli, pihak yang berkontrak adalah pemilik iaitu pihak bank dan pembeli kereta yang dipanggil sebagai penyewa.

“Ini bermaksud bila ada perjanjian akta sewa beli ini, pembeli tidak boleh menjual kepada pihak ketiga. Sekiranya mereka jual, sama ada diperdaya sehingga wujudnya perjanjian perjanjian sewa beli atau pajakan ia adalah tidak sah,” katanya pada sidang media, semalam.

Isnin lalu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi bersama 23 mangsa menyerbu syarikat kereta terbabit untuk menuntut wang, yang didakwa ditipu pemilik syarikat menyebabkan berlaku kekecohan dan tular di media sosial. Pada hari sama juga, polis menerima laporan daripada syarikat kereta terbabit bahawa stor kenderaan berkenaan di Sungai Sekamat, Kajang telah diceroboh pemilik kenderaan yang dipajak bagi mengambil kenderaan yang berada dalam stor.

Hishamuddin turut mempertikaikan tindakan syarikat terbabit yang mendakwa mempunyai hak ke atas kenderaan-kenderaan milik pengadu.

Beliau berkata, atas kapasiti apa syarikat itu menyimpan kereta-kereta tersebut kerana syarikat terbabit bukan pemilik atau penyewa.

“Sepatutnya pihak polis menyiasat syarikat tersebut kerana mereka telah menyimpan barang (kereta) secara curang di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat, isu pencerobohan stor oleh PPIM seperti didakwa pemilik syarikat itu tidak timbul kerana serbuan dilakukan bagi bantu pengadu mendapatkan hak mereka.

“Bagi saya, isu ceroboh ini tidak timbul kerana tujuan kita hanyalah bantu pengadu tanpa niat lain, tapi saya tidak nafikan hak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai eksekutif (pengadu) mengenai kejadian stor syarikatnya di Jalan Cheras, Kajang diceroboh oleh sekumpulan individu bagi mengambil kenderaan dalam stor tersebut.

“Polis telah buka satu kertas siasatan dan beri jaminan satu siasatan menyeluruh mengikut undang-undang sedia ada akan dijalankan tanpa melindungi atau menyebelahi sesiapapun yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau juga menasihatkan semua pihak agar tidak bertindak sendirian dan membelakangkan undang-undang. Sementara siasatan dijalankan, katanya, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

“Polis akan jalankan siasatan secara terperinci, telus dan adil berlandaskan peruntukan undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

The post Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM

Sekianlah artikel Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perjanjian sewa beli tak sah: PPIM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perjanjian-sewa-beli-tak-sah-ppim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :