Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai

Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai
link : Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai

Baca juga


Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh  daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 25 Julai ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran dengan semua penduduk di kawasan terlibat harus berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara 6  petang hingga 6 pagi.

“Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak  diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang  menjalankan penyelidikan serta pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan,”  katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang  menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina,  masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Ramli berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan  kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di  kawasan daratan ESSZone.

Perintah  berkurung itu juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan di sekitar kawasan mereka, katanya.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah terlibat untuk mengeluarkan  permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan  atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai

Sekianlah artikel Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perintah-berkurung-esszone-dilanjut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :