Judul : “Pergi Bercuti Tak Perlu Diheboh-hebohkan” – Fazura
link : “Pergi Bercuti Tak Perlu Diheboh-hebohkan” – Fazura
“Pergi Bercuti Tak Perlu Diheboh-hebohkan” – Fazura
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pasangan #Fattzura seronok menikmati percutian mereka di Koh Samui, Thailand.
Walaupun tidak banyak berkongsi gambar di Instagram, kedua pasangan ini sempat membuat live update dan berborak bersama pengikutnya.
Tindakan Fattah dan Fazura yang agak ‘tertutup’ untuk berkongsi gambar-gambar percutian bersama, menjadi persoalan dan membuatkan pengikut setia mereka semakin rindukan kemunculan kedua pasangan ini.
Memetik laporan MH online, menerusi sebuah akaun instagram yang dipercayai salah seorang peminat mereka sempat merakam sebuah video pendek Fazura yang menjelaskan mengapa mereka ‘menghilangkan diri’.
“Mana kita menghilang tanpa kesan? Kadang-kadang pergi holiday ni perkara yang private tak perlu diheboh-hebohkan lebih lagi dengan kawan dan family. Saya rasa benda ni something yang personal dan tidak perlu nak dikecohkan,”katanya
Bukan itu sahaja, Fattah Amin juga sempat enter frame live update di akaun @ahmad.johari yang dipercayai milik abang Fazura yang lebih dikenali sebagai Jojo.
Mereka berdua kelihatan akrab dan selesa bersama sepanjang video itu dirakamkan.
Malah, sempat juga salah seorang peminat yang menyoalkan tentang bilakah hari jadi Fazura dan dengan pantas Fattah menjawab “27 September”.
The post “Pergi Bercuti Tak Perlu Diheboh-hebohkan” – Fazura appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel “Pergi Bercuti Tak Perlu Diheboh-hebohkan” – Fazura
Anda sekarang membaca artikel “Pergi Bercuti Tak Perlu Diheboh-hebohkan” – Fazura dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pergi-bercuti-tak-perlu-diheboh.html