Judul : Perempuan ni hampir-hampir kena scam paling epik di Malaysia
link : Perempuan ni hampir-hampir kena scam paling epik di Malaysia
Perempuan ni hampir-hampir kena scam paling epik di Malaysia
(This article has been translated from our sister’s website, Cilisos)
Biasanya bila guna mesin ATM, mesti korang akan nampak pelbagai mesej yang tertera dekat skrin sebelum nak masukkan kad bank dan nombor PIN kan? Kadang-kadang skrin tu akan paparkan sama ada pemberitahuan pasal mesin tu offline, promosi, dan ada juga amaran dari bank untuk tak bagi butiran peribadi korang melalui telefon.
Korang mungkin pernah nampak popup ni bila buat online banking
Korang mungkin akan terfikir, “Aku tak la bodoh sangat sampai boleh tertipu”. Tapi kalau korang dapat panggilan daripada wakil Hong Leong Bank, lepas tu siap dirujuk lagi dengan polis berpangkat Sarjan daripada Balai Polis Pulau Pinang, dengan nombor betul. Korang pun boleh terkena punya la.
Salah seorang kawan kepada editor Cilisos adalah mangsanya. Davina ni boleh dikatakan seorang yang bijak tapi disebabkan penipuan tu terlampau meyakinkan, jadi dia pun hampir terkena.
Kitorang sempat borak dengan dia untuk tahu lebih lagi tentang pengalaman dia.
Panggilan pertama datang daripada “Hong Leong Bank”
Nombor pemungut hutang.
Sebelum tu, ada nombor yang tak dikenali telefon Davina, tapi dia tak sempat angkat. Kali kedua nombor tu telefon lagi, suami dia yang angkat dan bagi telefon tu kat dia.
” Masa saya jawab telefon tu, ‘Pemungut Hutang’ tu cakap saya dah lambat bayar balik pinjaman RM50,000 yang saya pernah mohon di Hong Leong Bank di Pulau Pinang, dan caj akan dibuat jika saya tidak membayar 2 jam.” – Davina
Masalahnya, Davina takde akaun bank tu pun. Malah, dia tinggal kat Kuala Lumpur. Jadi bila diorang kata yang dia pernah buat pinjaman kat Pulau Pinang, dia dah mula rasa curiga. Tapi dia terkejut bila pemungut hutang tu baca butiran akaun untuk rujukan (macam mana dia tahu?) dan terus buat sambungan kepada balai polis di Pulau Pinang untuk buat laporan.
“Dorang memang buat research gile bab* untuk memastikan semua aspek diambil kira” – Diterjemah secara kasar daripada Davina
Seorang ‘Sarjan’ kemudiannya mengambil butiran peribadinya dan memberitahu yang ketua atau orang atasannya akan telefon balik untuk merekodkan laporan melalui telefon.
Eh… boleh buat laporan menerusi telefon je?
Bagi korang yang tertanya-tanya, jawapannya adalah tak, korang tak boleh buat laporan polis melalui telefon. Tapi korang boleh buat laporan polis secara atas talian (online) untuk kes-kes yang tak perlukan penyiasatan macam kehilangan MyKad. Dalam kes Davina, scammer tu bukan tipu cara cikai-cikai je sebabnya bila scammer tu telefon balik, dia guna nombor Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang yang betul punya!
“Apa yang dia buat masa tu adalah satu taktik untuk menakutkan je, tapi saya terpengaruh. Penglibatan polis daripada nombor telefon yang sah juga buatkan saya percaya“- Davina
Malah, salah satu benda pertama yang ‘Sarjan’ tu bagitahu adalah, dia suruh Davina periksa balik sama ada nombor yang telefon tu betul ke tak. Macam mana scammer boleh guna nombor telefon polis yang betul? Mungkin tak ramai yang tahu benda ni, tapi ‘call spoofing’ ni boleh ‘menyamar’ sebagai nombor telefon yang lain. Malah tak lama dulu pun pelanggan Maybank pernah kena benda yang sama banyak kali. Sebab tu la Maybank buat satu halaman khas untuk bagi amaran kepada pelanggan diorang pasal hal tersebut.
Siap ada lokasi kot
Sarjan juga bagitau Davina untuk pergi ke tempat lain yang lebih privasi masa laporan diambil. Jadi Davina pun tinggalkan suami dia dan pergi ke bilik yang lain. Suami dia fikir yang Davina mungkin perlukan masa untuk berbual.
Sarjan yang telefon Davina kemudiannya suruh dia pergi tempat lain jauh daripada orang supaya diorang boleh bercakap secara privasi. Davina pun tinggalkan suami dia untuk pergi ke bilik yang lain. Suami dia tak ambik serius pun masa Davina masuk bilik, dia fikir yang isteri dia nak masa dan privasi kejap.
“Perasaan saya masa tu sangat teruk. Rasa takut tapi tak boleh nak bagitahu sesiapa.”- Davina
‘Butiran’ Davina kemudiannya disemak melalui walkie-talkie untuk mengesahkan latar belakangnya, dan tak semena-mena…
“Sarjan tu kemudiannya bagitau yang nama saya terlibat dan dikaitkan dengan pengedar dadah terbesar yang baru je ditangkap dengan 16kg meth. Malah lebih setengah juta ringgit dihasilkan dengan separuh daripadanya masih tak dapat dikesan.”- Davina
Macam mana pula nama dia terlibat? Scammer berpangkat ‘Sarjan’ tadi cakap lagi, pengedar dadah tu bagi nama Davina sebagai rakan subahat. Lepas tu, dia kata yang Davina jual IC dengan butiran akaun bank untuk imbuhan daripada keuntungan dadah tersebut. Pelbagai bukti lain lagi yang pengedar dadah tu bagi, sampai Sarjan tu tuduh pula yang Davina sembunyikan sesuatu. Dia kemudiannya terpaksa meyakinkan Sarjan tu yang dia tak bersalah.
Drama polis la sikit, baru nampak real
Untuk membuktikan yang dia tak bersalah, Davina diminta untuk mengisytiharkan baki semasa kesemua akaun bank dia melalui telefon dan jangan sembunyikan apa-apa. Kalau ada maklumat yang tertinggal, jadi benda tu boleh digunakan terhadapnya di mahkamah. Jadi Davina pun cari la semua statement bank yang dia ada dan senaraikan kesemuanya.
Lakonan Sarjan tu memang macam polis betul bila dia siap bagitau Davina supaya tak dedahkan butiran peribadi macam kata laluan walaupun dekat dia. Sarjan tu kata, pihak berkuasa macam dia pun tak ada hak untuk tanya. Lepas tu dia pesan lagi jangan bagitahu sesiapa pun pasal hal tu.
“Sarjan tersebut tak bagi saya bagitahu sesiapa pasal kes ni sebab masih banyak suspek yang belum ditangkap. Dan mungkin salah seorang daripada mereka adalah orang sekeliling saya sendiri.”
Lepas semua butiran dikumpul, Davina disambungkan pula kepada ketua kepada Sarjan tersebut yang merupakan seorang Inspektor untuk menerangkan pasal kes dia. Inspektor tu pun sama juga pandai berlakon. Dia siap kritik lagi Davina sebab tak boleh cakap bahasa Melayu, dan terus putuskan talian.
Sarjan tu cuba untuk memainkan watak polis yang baik dengan cuba menelefon Inspektor tadi dan menerangkan kepada Inspektor tu yang Davina bukanlah rakan subahat, dan dia cuma nak tolong kes siasatan.
Dan akhirnya, tembelang pecah
Jangan sampai kena scam dengan Scamrambe
Lepas Sarjan yang berlakon jadi polis baik tu bercakap dengan Inspektor yang garang tu, Sarjan akhirnya bagi Davina dua pilihan. Sama ada nak bekerjasama dengan penyiasatan secara rahsia, atau ditangkap di bawah waran selama sekurang-kurangnya 45 hari di Ibu Pejabat Polis di Pulau Pinang. Kalau dia bersetuju untuk bekerjasama, Sarjan tu akan berusaha sebaik mungkin untuk buktikan yang Davina tak bersalah. Dia juga menakut-nakutkan Davina dengan cakap yang kegiatan pengedaran dadah kat Malaysia boleh dibawa ke tali gantung.
Davina akhirnya bersetuju untuk bekerjasama, dan Sarjan tersebut bagitahu yang Davina kena bertindak secepat mungkin sebab bank nak buat tindakan saman dalam masa satu jam. Dia juga diberitahu yang mahkamah majistret akan melakukan audit terhadap semua akaun banknya, jadi dia kena pergi setiap bank yang dia ada dan pindahkan semua duit hasil pendapatannya ke dalam akaun mahkamah. Sarjan yakinkan Davina yang dia akan membimbing dari dalam talian.
“Masa ni la saya bagitahu dia, “Sarjan, saya tak percayakan awak”, dan terus putuskan talian lepas panggilan selama 2.5 JAM!
Masa tu Davina rasa sangat kecewa dan marah sampai dia menangis teruk, menyebabkan suami dia yang tak tahu apa-apa pasal hal tu datang dan pujuk. Lepas tu diorang pergi ke balai polis berdekatan dan buat laporan sebenar.
Kes penipuan ni semakin terperinci, jadi tak salah untuk curiga lebih
Ada antara korang yang pernah kena?
Rupa-rupanya, bukan Davina sorang je yang pernah kena penipuan dalam talian ni. Awal minggu ni, polis berjaya mendedahkan dan melumpuhkan sindiket penipuan Macau dengan prosedur yang sama:
- Menyamar sebagai pegawai bank dan polis, dan memberitahu mangsa yang akaun bank diorang telah disalahgunakan oleh sindiket jenayah.
- Menggunakan talian hotline Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang, iaitu 04-2221 522.
- Meminta mangsa untuk memindahkan sejumlah wang sebelum akaun dibekukan.
- Berjanji yang wang diorang akan dikembalikan apabila ‘siasatan’ selesai.
Davina dah pun buat laporan polis dan menelefon Hong Leong Bank untuk melaporkan kes tu. Bagaimanapun, kejadian tu dah menyebabkan tekanan emosi yang mendalam kepadanya.
“Saya rasa sangat marah sebab dah batalkan beberapa rancangan penting, dan kesal betapa mudahnya saya tertipu. Saya sedih macam mana orang boleh berusaha sejauh tu dengan penipuan yang sangat hebat, padahal diorang boleh habiskan masa dan usaha untuk buat sesuatu yang lebih berfaedah kepada diri sendiri.”
“Yang paling penting, saya bimbang seseorang yang selalu berjaga-jaga dan bijak pun boleh jatuh dalam perangkap tersebut. Maknanya, ramai lagi orang kurang bernasib baik yang dah berikan wang simpanan mereka, kemudiannya dilarikan”
Walaupun dah banyak amaran yang dikeluarkan oleh bank supaya kita tak layan sebarang panggilan telefon, permintaan untuk memindahkan duit atau mendedahkan maklumat peribadi, masih ramai lagi yang tertipu. Davina mengakui yang masa dia diminta untuk memindahkan duit, dia percaya dengan hal tersebut disebabkan taktik yang digunakan penipu untuk menakut-nakutkan mangsa berkesan.
Jadi, kalau korang dapat panggilan yang menyatakan korang ada akaun yang korang langsung tak pernah ada, buat je laporan polis atau putuskan talian secepat mungkin, lepas tu telefon sendiri bank tu untuk double check. Tak salah pun kalau kita perhatikan betul-betul amaran yang ada kat skrin ATM tu dan laman web bank kita sekali-sekala.
Kitorang nak berterima kasih dekat Davina sebab berani kehadapan dan berkongsi pengalaman dia yang menakutkan, supaya orang lain tak rasa benda yang sama. Kalau ada antara korang pernah kena, cerita la kat ruangan komen supaya kita semua dapat belajar dari kesilapan :)
P/S : Korang pun boleh klik kat artikel yang berkaitan dengan scammer seperti skim cepat kaya, MLM , ‘catfishing‘ dan si pencuri satu sen.
Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Perempuan ni hampir-hampir kena scam paling epik di Malaysia
Anda sekarang membaca artikel Perempuan ni hampir-hampir kena scam paling epik di Malaysia dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perempuan-ni-hampir-hampir-kena-scam.html