Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani

Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani
link : Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani

Baca juga


Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani

KUALA LUMPUR: Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita selain merupakan faktor utama bagi mengurangkan kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata akses kepada kesihatan reproduktif termasuk perancangan keluarga adalah antara Matlamat Pembangunan Lestari bagi tempoh 2015 hingga 2030.

"Siri Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan kadar penggunaan kontraseptif dalam kalangan wanita berkahwin berumur 15 hingga 49 tahun telah meningkat daripada 36 peratus pada tahun 1974 kepada 52 peratus pada tahun 1984.

"Kadar itu terus kekal pada tahap tersebut pada tahun 2014 apabila kerajaan menukarkan teras program daripada perancangan keluarga kepada pembangunan keluarga," katanya dalam kenyataan pada Isnin sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia hari ini.

Sambutan bertemakan 'Perancangan Keluarga: Memperkasa Rakyat, Membangunkan Negara' itu dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1989.

Rohani berkata kira-kira satu daripada lima wanita di negara ini yang ingin mengelakkan kehamilan didapati mempunyai permintaan kontraseptif tidak dipenuhi untuk perancangan keluarga.

"Tahap penggunaan kaedah kontraseptif di Malaysia juga adalah lebih rendah daripada kadar yang dicatatkan di seluruh dunia iaitu 64 peratus," katanya.

Rohani berkata bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2017 ini, program kemasyarakatan yang dinamakan Ekofamili 2017 akan dijalankan sepanjang bulan Julai bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga dan komuniti setempat.

Program itu akan dilaksanakan di 14 buah komuniti terpilih dalam program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti di seluruh Malaysia yang akan bermula di Beaufort, Sabah pada 14 Julai ini.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani

Sekianlah artikel Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perancangan-keluarga-penting-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :