Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN

Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN
link : Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN

Baca juga


Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN

GERIK – Senarai calon Barisan Nasional (BN) Perak bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata senarai tersebut membabitkan wakil rakyat sedia ada dan calon yang berpotensi serta disukai rakyat untuk bertanding.

“Saya sudah menyerahkan senarai nama calon berkenaan untuk pertimbangan Perdana Menteri setelah diminta berbuat demikian berdasarkan kriteria yang telah dipakai pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya umum di Sarawak.

“Antara kriteria berkenaan yang diumumkan presiden parti ialah kita akan melihat kesesuaian calon yang berada di kawasan berkenaan sama ada calon itu memberikan sumbangan kepada rakyat untuk dipilih mewakili BN pada PRU akan datang,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Hasbullah Osman.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata pemilihan calon berkenaan tidak diketahui oleh mana-mana calon kerana apa yang penting calon berkenaan mampu memberikan sumbangan terbaik terhadap rakyat.

Menurutnya lagi, BN Perak tidak akan mengamalkan politik menakut-nakutkan rakyat kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.

“Kita memberi perhatian kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan serta kemudahan kepada rakyat.

Sebagai parti yang bertanggungjawab dan memerintah, kita tidak akan menimbulkan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata Jalan Gerik ke Pengkalan Hulu di Kerunai dekat sini akan dibaiki dengan kos RM1.8 juta akibat air sering bertakung apabila hujan lebat dan banjir kerana kawasan itu rendah.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang pada dasarnya bersetuju untuk menaik taraf jalan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN

Sekianlah artikel Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perak Serah Senarai Calon PRU14 Kepada Pengerusi BN dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perak-serah-senarai-calon-pru14-kepada_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :