Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari

Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari
link : Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari

Baca juga


Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari

IPOH – Perak menjadi negeri pertama di negara ini menggunakan sistem e-doket bertujuan memudahkan kerja-kerja pengurusan dan pemantauan sumber mineral di 74 kuari yang terdapat di seluruh negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminuddin Hashim berkata pihaknya menjangkakan sistem elektronik yang menggunakan QR Code (Quick Response Code) itu akan beroperasi sepenuhnya di semua kuari terbabit selewat-lewatnya 1 Januari tahun depan.

“Untuk fasa pertama iaitu sekitar 17 Julai ini, sistem e-doket akan diguna pakai di 30 kuari terpilih dan ia bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem itu beroperasi.

“Sekiranya berjalan lancar, kita jangkakan sistem itu akan digunakan sepenuhnya oleh semua kuari selewat-lewatnya 1 Januari tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Sesi Penerangan E-Doket Bersama Pengusaha-Pengusaha Kuari Perak Anjuran Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan MB Inc di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, sistem e-doket yang dibangunkan bersama PTG Negeri itu juga mampu membendung masalah ketirisan pendapatan kerajaan negeri malah elemen yang mendorong ke arah salah guna kuasa juga dapat disekat.

“Kalau berterusan guna sistem pemberian doket secara manual, pelbagai bentuk manipulasi atau penipuan boleh berlaku terutama membabitkan hal pengangkutan, penjualan sumber mineral secara haram kepada pihak tidak bertanggungjawab dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PTG Negeri, Rumaizi Md Daud berkata pihaknya diamanahkan untuk menguruskan sistem berkenaan terutama melibatkan sudut penguatkuasaan.

Katanya, penguatkuasaan akan terarah kepada pemantauan pergerakan selain jumlah muatan lori yang membawa sumber mineral berkenaan ke lokasi ditetapkan sistem tersebut.

“Melalui sistem e-doket ini kita akan tahu berapa jumlah muatan sumber mineral yang dibawa sesebuah lori, jarak perjalanan mereka, di mana mereka berhenti dan masa yang diambil untuk penghantaran,” katanya.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari

Sekianlah artikel Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perak Negeri Pertama Laksana Sistem E-doket, Pantau 74 Kuari dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perak-negeri-pertama-laksana-sistem-e_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :