Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera

Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera
link : Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera

Baca juga


Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera

SINGAPURA – Berita palsu walaupun hanya satu, perlu dibanteras segera  penyebarannya, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia  Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

“Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja memudaratkan seseorang individu malah boleh memberi kesan kepada sesebuah negara,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Malaysia dan Singapura Mengenai Maklumat dan Komunikasi di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama  Setiausaha Tetap Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura Gabriel Lim.

Katanya berita palsu, ekonomi digital, suis analog dan perayauan mudah alih antarabangsa merupakan empat topik yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dr Sharifah Zarah berkata kepantasan teknologi membuatkan usaha menghentikan penyebaran berita palsu “sedikit memeningkan” dan “tidak mudah untuk memberhentikan penyebarannya begitu saja.”

Menurut beliau satu daripada langkah itu, adalah rakyat perlu dididik untuk membezakan berita palsu dan berita yang benar.

Dr Sharifah Zarah kerajaan juga telah melancarkan laman portal SEBENARNYA.MY, sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial.

Menyifatkan mesyuarat pada hari ini sebagai berhasil, beliau berkata kedua-dua  negara  dapat  berkongsi pengalaman dan idea bagi menangani masalah penyebaran berita palsu ini.

Malaysia dan Singapura menandatangani satu Memorandum Persefahaman  tahun lepas  bagi  meningkatkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang penerbitan filem dan televisyen, pembangunan maklumat  komunikasi dan media, pertukaran berita, teknologi digital dan komunikasi kerajaan.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zulkefli Salleh.

Bersempena dengan mesyuarat itu, Singapura akan menjadi hos program Muzika Ekstravaganza  malam esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura Dr Yaacob Ibrahim akan menjadi tetamu kehormat  pada  program  penerbitan  bersama acara tahunan itu.

Program Muzika yang memasuki tahun ke-11 itu diterbitkan bersama oleh Radio Television Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura .

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera

Sekianlah artikel Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/penyebaran-berita-palsu-perlu_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :