Judul : Penyamun ‘Ninja’ Dirakam Umpil Tingkap Rumah Menggunakan Garpu di Ampang
link : Penyamun ‘Ninja’ Dirakam Umpil Tingkap Rumah Menggunakan Garpu di Ampang
Penyamun ‘Ninja’ Dirakam Umpil Tingkap Rumah Menggunakan Garpu di Ampang
Penduduk daerah Ampang Jaya kini dalam keadaan berjaga-jaga apabila seorang lelaki dikesan aktif melakukan aktiviti jenayah pecah rumah baru-baru ini.
Paling terbaru, suspek telah dikesan memecah masuk sebuah rumah di Lembah Jaya, Ampang. Kejadian yang berlaku pada jam 5.28 pagi itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kediaman bersebelahan rumah mangsa, lapor Harian Metro.
Penyamun tersebut dilihat menutup wajahnya gaya ‘ninja’ dan cuba mengumpil pintu rumah jiran mangsa namun dia gagal.
Setelah itu dia cuba pula mencungkil tingkap kediaman mangsa dengan hanya menggunakan garpu dan berjaya memecah masuk rumah tersebut dalam masa 10 minit sahaja. Wuuu gilalah!
Setelah pemeriksaan dilakukan, penjenayah tersebut dipercayai mencuri dua buah telefon pintar dan komputer riba. Susulan daripada kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Buat masa ini, penjenayah masih belum ditangkap dan penduduk di daerah itu diingatkan untuk berhati-hati dan sentiasa berjaga akan kebarangkalian kes seperti ini berulang.
Makin canggih teknologi, makin berani orang sekarang melakukan jenayah. Guna garpu je pulak tu! Haish!
Baca: Letak Kamera Tersembunyi Untuk Intip Mangsa Di Rumah, Taktik Baru Geng Samun
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Penyamun ‘Ninja’ Dirakam Umpil Tingkap Rumah Menggunakan Garpu di Ampang
Anda sekarang membaca artikel Penyamun ‘Ninja’ Dirakam Umpil Tingkap Rumah Menggunakan Garpu di Ampang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/penyamun-ninja-dirakam-umpil-tingkap.html