Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib

Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib
link : Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib

Baca juga


Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendidikan dan peranannya dalam mengubah taraf hidup masyarakat amat dipentingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan terus diperjuangkan demi kepentingan seluruh rakyat.

Menyifatkan rakyat negara ini bertuah, Perdana Menteri berkata pelbagai dasar yang telah kerajaan laksana membolehkan rakyat daripada pelbagai latar belakang menambah baik taraf kehidupan keluarga mereka dalam masa hanya satu generasi.

"Misalnya, melalui usaha gigih, pendidikan, bantuan serta platform yang telah kerajaan sediakan, seorang anak nelayan mampu berjaya hari ini sebagai seorang doktor, jurutera dan bermacam lagi pekerjaan yang berupaya mengubah taraf kehidupan seluruh keluarganya ke tahap yang lebih baik.

"Inilah mobiliti sosial yang kerajaan BN bawa kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sejak sekian lama dan akan terus kita sediakan dan perjuangkan demi kebaikan semua," katanya dalam catatan blog www.najibrazak.com hari ini.

Perdana Menteri dalam catatannya turut menarik perhatian dengan berkongsi rasa bangga terhadap kejayaan beberapa universiti tempatan yang menempa kedudukan lebih baik dalam ranking dunia.

Lima universiti penyelidikan (RU) tempatan sebelum ini, melakar sejarah apabila tersenarai dalam kalangan 300 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2017-2018.

Universiti berkenaan adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

"Ranking Universiti Malaya meningkat 19 anak tangga ke kedudukan 114, bermakna tidak jauh lagi untuk mencapai sasaran menembusi tahap 100 terbaik dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia naik 72 anak tangga, peningkatan terbaik bagi tahun ini.

"Begitu juga Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia, kesemuanya meningkat dalam ranking masing-masing," katanya.

Sementara, lima universiti iaitu UPM, UTM, USM, UKM dan Universiti Teknologi Petronas turut tersenarai dalam kalangan 200 terbaik pada Kedudukan Universiti Asia Pasifik Times Higher Education 2017.

Katanya dalam senarai Universitas 21 (U21) pula, sistem pendidikan tinggi Malaysia berada pada kedudukan ke-25 terbaik dunia, yang menyaksikan dalam tempoh enam tahun Malaysia telah meningkat 11 anak tangga.

"Alhamdulillah, ini sebahagian daripada banyak kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti-universiti kita. Pencapaian yang bukan sahaja membanggakan tetapi juga membuktikan bahawa sistem pendidikan negara berada pada tahap yang baik.

"Meskipun begitu, saya yakin kita mampu mencapai lebih lagi, dan dengan usaha berterusan semua pihak yang berkaitan, bidang pendidikan negara akan terus berkembang dari masa ke masa ke tahap lebih maju, InsyaAllah," katanya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib

Sekianlah artikel Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendidikan untuk rakyat komitmen berterusan kerajaan BN - PM Najib dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pendidikan-untuk-rakyat-komitmen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :