Judul : Pemimpin UMNO jangan ikut perangai 'ketam dalam bakul' - TPM Zahid
link : Pemimpin UMNO jangan ikut perangai 'ketam dalam bakul' - TPM Zahid
Pemimpin UMNO jangan ikut perangai 'ketam dalam bakul' - TPM Zahid
Sebaliknya Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihatkan pemimpin UMNO agar mencontohi sikap semut yang menyantuni sesama mereka.
Hujah Ahmad Zahid jika pemimpin UMNO menjadikan sikap 'ketam dalam bakul' sebagai tradisi, maka parti keramat itu akan musnah.
"Kita janganlah memiliki semangat macam ketam dalam bakul, sebab dia akan pijak memijaknya sesama sendiri hanya kerana mahu keluar daripada bakul. Itulah perangai kita. Jadi hentikan."Sebab kalau terpijak sesama sendiri dalam bakul, semua ketam akan mati dan tidak ada yang keluar meneruskan kehidupan. Jadi ikutlah perangai semut. Semut kalau berjalan dia teratur dan bila berjumpa di 'bersalaman', " katanya ketika berucap pada majlis penutupan Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya di Dewan Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway, di sini, hari ini.
Dalam ucapannya juga, Ahmad Zahid meminta pemimpin UMNO di Selangor supaya mesra teknologi seperti media sosial untuk mendekati pengundi bandar.
Katanya, pengundi di bandar lebih mudah diketuk minda dan jiwanya dengan media sosial berbanding menggunakan kaedah alam seperti kempen ketuk pintu rumah.
"Maknanya kalau kita mahu menang, kita kena guna media sosial dan teknologi yang baharu. Benar kita boleh ketuk pintu tapi masyarakat bandar tidak suka, kerana orang bandar ini suka diketuk menerusi komunikasi dalam talian.
"Kita harus keluar daripada kepompong lama. Pertemuan secara fizikal perlu, tapi perlu juga ada komunikasi tanpa lisan kerana realiti politik sudah berubah.
"Mengapa pembangkang boleh kuasai Selangor sebab mereka ikut perkembangan terkini, menerusi media sosial. Orang bandar ini mahu privasi, kalau kita tidak berubah juga, kita yang rebah, " katanya lagi.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pemimpin UMNO jangan ikut perangai 'ketam dalam bakul' - TPM Zahid
Anda sekarang membaca artikel Pemimpin UMNO jangan ikut perangai 'ketam dalam bakul' - TPM Zahid dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pemimpin-umno-jangan-ikut-perangai.html