Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara

Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara
link : Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara

Baca juga


Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Baru bulan lepas kita telah digemparkan dengan berita bahawa Dato’ Aliff Syukri telah dirompak oleh pembantu rumahnya dan kini seorang artis pula menjadi mangsa.



Jika anda pernah menonton cerita Jangan Tegur, pasti anda akan kenal Nazia Mustafar atau lebih dikenali sebagai ‘Baizura’ di dalam filem tersebut.

Sumber : Mstar

Kali ini, Nazia yang dulu dikenali dengan nama Nadia Mustafar pula telah menjadi mangsa rompakan pembantu rumahnya. Kejadian berlaku ketika Nazia berada di luar negara untuk menyambut hari raya bersama keluarganya.

Aktres itu telah bertolak ke Thailand pada 26 Jun iaitu pada malam hari raya pertama menaiki kenderaan miliknya. Mereka merancang untuk bercuti selama 5 hari dan kembali ke Malaysia pada 30 Jun.

Sumber : Instagram

Menurut Nazia, sebelum memulakan perjalanan, dia sudah berasa tidak selesa untuk tinggalkan pembantu rumahnya seorang diri di rumah.

Namun kerana tiada pilihan lain, dia terpaksa berbuat demikian kerana seluruh keluarganya termasuk ibu bapa dan adik beradik lain sudah lama merancang untuk ke Thailand bagi menyambut hari raya.



Pendatang asing itu baru seminggu bekerja di rumah Nazia dan hanya akan berada di situ untuk sementara waktu sahaja kerana pembantu rumah yang lama telah melarikan diri.

Sumber : Facebook

Namun, baru dua hari sahaja mereka pergi bercuti, dia sudah mendapat berita dari jirannya bahawa terdapat sesuatu yang ganjil berlaku di rumahnya. 

Jiran beritahu saya tentang perangai ganjil pembantu rumah yang keluar masuk melalui laluan tong sampah. Jadi saya minta mereka masuk rumah saya dan melihat apa yang berlaku. Memang ada tanda-tanda pintu dipecah dan orang gaji juga sudah melarikan diri.” 

Oleh sebab mereka menaiki kereta dan bukan kapal terbang ke Thailand, mereka membuat keputusan untuk meneruskan saja percutian meskipun hati sudah tidak tenang.

Sumber : Facebook Sumber : Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Shafien Mamat, mereka menerima maklumat daripada jiran bahawa rumah tersebut telah dipecah masuk kira-kira jam 8.25 malam Rabu lalu.

Pihak polis terus bergegas ke rumah itu dan hasil siasatan menunjukkan pintu biliknya telah dipecah masuk dan digeledah oleh pembantu rumah tersebut.



Sumber : Mstar

Pembantu rumah yang dikenali sebagai Fitri itu telah mencuri 10 jam tangan miliknya dan suami, beberapa barang kemas dan juga wang tunai yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM40,000. Banyak tuuuu!

Polis kini sedang memburu wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Mengambil pembantu rumah ni ada banyak risiko, pastikan tapis betul-betul sebelum korang upah pekerja baru!

Baca : Aliff Syukri Rayu Orang Ramai Bantu Kesan Tiga Individu Yang Mencuri Hartanya, Beri Ganjaran Istimewa

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara

Sekianlah artikel Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Beraya di Luar Negara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pelakon-kerugian-rm40000-dirompak-amah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :