Judul : PAS Tiada Maruah Kekal Dalam Kerajaan Selangor
link : PAS Tiada Maruah Kekal Dalam Kerajaan Selangor
PAS Tiada Maruah Kekal Dalam Kerajaan Selangor
KUALA LUMPUR – PAS tidak lagi boleh mempergunakan alasan mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan bahawa PAS mendapat mandat rakyat untuk berada dalam kerajaan Selangor pada PRU13 kerana parti itu menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP ketika itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS kemudian memutuskan kerjasama dengan DAP tetapi mempertahankan kedudukan dalam kerajaan Selangor dengan alasan Pakatan Rakyat masih wujud kerana masih menjalin kerjasama dengan PKR.
Bagaimanapun, katanya, PAS masih mahu terus berada dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan dengan PKR melalui keputusan muktamar di Kedah yang disahkan oleh majlis syura ulama parti itu.
“Ya..betul mandat rakyat pada PRU13 untuk Pakatan Rakyat tetapi persoalannya bagaimana pula pimpinan PAS mahu menghalalkan kehadiran keberadaan PAS dalam pentadbiran kerajaan Selangor sedangkan kerjasama politik dengan gabungan suara parti-parti pembangkang yang bersama sertai PRU13 sydah terlerai dan ditamatkan oleh PAS dengan alasan yang syarie.
“Ini secara rasminya bermakna ‘parti saya’ (PAS) tidak lagi mempunyai apa-apa ikatan hubungan kerjasama politik dengan PKR dan DAP.Semasa ‘parti saya’ memutuskan hubungan dengan DAP, ‘parti saya’ masih kekal didalam pentadbiran kerajaan Selangor atas hujah Pakatan Rayat masih wujud kerana ‘parti saya’ masih mempunyai hubungan dengan PKR tetapi senario *kini hanya yang masih ada kerjasama dari Pakatan Rakyat terdahulu ialah PKR dan DAP sahaja,” katanya dalam satu kenyatan semalam.
Justeru, Mahfuz mempersoalkan sama ada PAS bersedia untuk membatalkan keputusannya memutuskan kerjasama dengan DAP dan PKR dan memeterai kerjasama politik baru dengan PKR dan DAP supaya PAS boleh berada dalam kerajaan Selangor secara rasmi dan bermaruah.
Malah, katanya, rakyat memahami bahawa yang ‘menceraikan’ hubungan kerjasama politik dengan PKR dan DAP ialah PAS menyebabkan parti itu ditertawakan kerana dilihat mahu mengambil kesempatan.
“Saya berasa terkilan apabila PAS juga dengan rasminya telah melancarkan jentera PRU14 untuk tawan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh PKR.Tindakan ini menyedihkan.
“Akhir sekali,ingin saya mengingatkan bahawa jika pembangkang kususnya PAS mahu dihormati rakyat dan parti lawan mestilah sentiasa ‘subur mekar’ dengan amalkan sikap ‘serumpun bak serai,sesusun bak sirih,” katanya.
Umum bagaimanapun mengetahui Pakatan Rakyat secara rasmi dibubarkan oleh DAP melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pada Jun 2015 selepas PAS memutuskan kerjasama dengan DAP.
PKR yang agak tergamam dengan keputusan DAP itu terpaksa akur dan kemudian bersetuju dengan kehendak DAP menubuhkan pakatan pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan yang turut disertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).
Sejak itu PKR, DAP dan PAN melakukan serangan bertubi-tubi keatas PAS termasuk menyebarkan dakwaan PAS menerima rasuah RM90 juta bagi memburuk-burukkan imej parti Islam tersebut.
Berikutan itu, PAS membuat keputusan memutuskan pula kerjasama dengan PKR kerana kerjasama dengan parti berkenaan tidak lagi mematuhi ketetapan Islam. – Mynewshub.cc
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel PAS Tiada Maruah Kekal Dalam Kerajaan Selangor
Anda sekarang membaca artikel PAS Tiada Maruah Kekal Dalam Kerajaan Selangor dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pas-tiada-maruah-kekal-dalam-kerajaan_12.html