Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean

Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean
link : Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean

Baca juga


Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean

KUANTAN – Seramai 600 pemain catur dari seluruh Asia dijangka menyertai 18th Asean Age Group Chess Championship 2017 yang berlangsung di Kuantan bermula 25 Nov hingga 4 Dis ini.

Presiden Persatuan Catur Negeri Pahang (PCNP) Hamidah Abdul Hamid berkata, pemilihan Pahang sebagai tuan rumah kali ini adalah berikutan kejayaan PCNP menganjurkan Kejohanan Catur Piala Tengku Mahkota bersempena Tahun Melawat Pahang, April lepas.

“Kejohanan itu dianjurkan oleh Akademi Catur ASEAN dengan kerjasama PCNP dan kali ini ia akan mempertandingkan enam kategori iaitu bawah lapan tahun, 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun dan 18 tahun.

“Ia menawarkan hadiah berupa sijil penyertaan dan pingat untuk peserta yang mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kategori,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya sebanyak tiga jenis permainan dipertandingkan iaitu catur klasik (classic chess), catur cepat (rapid chess)  dan catur kilat (blitz chess).

“Bagi pemilihan permainan catur klasik, pemain diberi masa bermain selama empat jam dan ini sudah tentu memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi…semasa inilah akan memberi mereka lebih pendedahan ketika bertemu pihak lawan terutama pemain dari negara berbeza.

“Bagi jenis permainan rapid pula mereka diberikan masa untuk bermain selama 25 minit dan blitz hanya lima minit sahaja dalam menguji kepintaran mereka,” katanya.

Katanya setakat ini 200 peserta telah pun mengesahkan penyertaan termasuk peserta dari China, India dan Singapura selain 250 peserta tempatan termasuk dari Pahang yang dijangka akan mengesahkan penyertaan dalam waktu terdekat ini.

Perasmian pembukaan dan penutup kejohanan dijadual disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Kini pelbagai persiapan rancak dilakukan dan kita berharap dengan penganjuran sukan ini akan dapat menggalakkan lebih ramai generasi muda berminat untuk melibatkan diri dengan sukan catur…tidak hanya sebagai pemain malah penonton atau penyokong,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean

Sekianlah artikel Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur Asean dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pahang-jadi-tuan-rumah-kejohanan-catur_5.html

Subscribe to receive free email updates: