'Orang tak sempat nak beli pun...'

'Orang tak sempat nak beli pun...' - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Orang tak sempat nak beli pun...', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Orang tak sempat nak beli pun...'
link : 'Orang tak sempat nak beli pun...'

Baca juga


'Orang tak sempat nak beli pun...'

“SAYA akan cuba buat permohonan mendapatkan permit perniagaan, Isnin ini, supaya kami berniaga secara sah,” kata Nur Ain Kadir, 30, peniaga nasi lemak but kereta dekat stesen minyak, di Ampang.

Kisah kegigihan Nur Ain yang berniaga nasi lemak sambil menjaga tiga anaknya termasuk seorang berada dalam kendongan tular di laman sosial sebelum ini.

Ibu lima anak berusia satu hingga 13 tahun itu berkata, sebaik perkara itu tular, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghalangnya berniaga, pada kira-kira 5 petang semalam.

KERATAN berita awal mengenai usaha Nur Air berniaga nasi lemak untuk tambah pendapatan.

“Saya baru buka but kereta. Orang ramai tak sempat beli pun lagi, tiba-tiba datang penguat kuasa MPAJ minta saya beredar dari kawasan itu.

“Akur dengan arahan itu. Saya pun beredar dan berpusing di kawasan sekitar sehinggalah terjumpa kawasan dekat hospital di Ampang dan berniaga di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia mengakui kesalahan dilakukan dan akan cuba membuat permohonan permit perniagaan secepat mungkin.

“Begitupun, saya bersyukur kerana pemilik stesen minyak dekat lokasi saya berniaga minta saya hantar nasi lemak setiap pagi,” katanya.

Berita berkaitan

• Aku gagahi jua!


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 'Orang tak sempat nak beli pun...'

Sekianlah artikel 'Orang tak sempat nak beli pun...' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Orang tak sempat nak beli pun...' dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/orang-tak-sempat-nak-beli-pun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :