Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik

Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik
link : Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik

Baca juga


Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik

KUALA LUMPUR – Op Selamat sempena Aidilfitri 2017 merupakan antara yang terbaik berdasarkan kepada rekod penurunan jumlah kematian akibat kemalangan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini.

Beliau berkata sepanjang tempoh 15 hari operasi itu, kes kemalangan maut menurun sebanyak 12 peratus iaitu 239 kes berbanding 273 kes pada tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah kematian juga mencatatkan penurunan 42 kes atau 14 peratus, iaitu  257 kematian tahun ini, berbanding 299 kematian pada 2016,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 2017.

Analisis terhadap Op Selamat 2017 menunjukkan faktor terbabas sendiri merupakan  punca utama kemalangan maut iaitu 65 kes, selain faktor lain seperti kecuaian dan kelalaian.

Menurutnya, sepanjang Op Selamat 2017 sebanyak 6,309 operasi dijalankan dengan jumlah saman yang dikeluarkan ialah RM277,832.

Dalam pada itu Khalid berkata kes pecah rumah juga mencatatkan penurunan  sebanyak 165 kes atau 21 peratus iaitu 629 kes tahun ini.

“Kejayaan yang dicapai bagi Op Selamat kali ini adalah hasil pendekatan  penguatkuasaan secara menyeluruh yang dijalankan serentak bersama rakan-rakan strategik PDRM melalui Pasukan Respons Kecemasan (ERT),” katanya.

Pada majlis itu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis diumumkan sebagai kontinjen  terbaik, manakala Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang sebagai daerah terbaik  sepanjang Op Selamat 2017.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik

Sekianlah artikel Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Op Selamat Aidilfitri 2017 Antara Yang Terbaik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/op-selamat-aidilfitri-2017-antara-yang_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :