Judul : Norman Buat ‘Surprise’ Untuk Abby Sempena Ulang Tahun
link : Norman Buat ‘Surprise’ Untuk Abby Sempena Ulang Tahun
Norman Buat ‘Surprise’ Untuk Abby Sempena Ulang Tahun
BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita sedih tentang keguguran kandungan Abby Abadi yang baru menjangkau lima bulan.
Pelakon Norman Hakim juga turut melahirkan rasa simpatinya meskipun telah lama berpisah dengan bekas isterinya itu. Namun, beberapa hari lepas pelakon ini telah membuat satu kejutan buat bekas isterinya itu.
BACA: Norman Hakim Sebak Dapat Tahu Abby Keguguran
Norman hadir bersama isterinya, Memey Suhaiza dengan membawa sebiji kek ke kediaman Abby dan suaminya, Mohamad Faizal bagi menyambut ulang tahun perkahwinan pasangan itu.
Memetik laman Instagram (IG), Abby Abby memuat naik satu video yang menunjukkan Norman hadir bersama Memey untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kedua.
Menerusi kapsyen posting itu, Abby berterima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan itu dan mengakui berasa segan saat diraikan.
Berikut adalah perkongsian Abby di laman Instagram:
“Terima Kasih ‘CINTA’
Untuk segalanya..Kau berikan lagiiiii kesempatan ini…
Sy malu dan tak suka diraikan
Mohon @normanhakim_786 & @memeysuhaiza
Jangan buat lagi
Apapun ‘Tengkiuuuuu’ hehe
Oman & Memey
Memang diciptakan utk bersama
Sy pinjam dulu
Sebab masa tu Memey kecik lagi hahahahaa
Suamiku @jaiezzany muahciked
Doa bagi jadi trip kita ke Koh Sa mui k hehehe #AsyikNakBerjalanJeKerja #PantangLaAbbyyyyyOoiii “
Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa Norman sebenarnya memang tercipta untuk Memey tetapi sebelum ini dia hanya meminjamnya untuk sementara.
Meskipun telah lama berpisah namun ukhwah antara kedua pelakon ini masih erat terjalin. Ini kerana kehidupan mereka dilimpahi kasih sayang yang tidak pernah surut.
Norman dan Abby Abadi pernah berkahwin namun bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Norman Buat ‘Surprise’ Untuk Abby Sempena Ulang Tahun
Anda sekarang membaca artikel Norman Buat ‘Surprise’ Untuk Abby Sempena Ulang Tahun dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/norman-buat-surprise-untuk-abby-sempena_25.html