Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada

Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada
link : Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada

Baca juga


Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada

PELAKON veteran Norlia Ghani kesal dengan segelintir penerbit drama yang lebih mementingkan nilai komsersil dalam sesebuah karya berbanding mesej kepada masyarakat.

Norlia, 69, berkata, andai itu permintaan penonton penerbit harus seimbangkan perkara tersebut agar masyarakat turut mendapat manfaat daripada setiap karya yang dihasilkan, bukan sekadar hiburan dan mengejar rating semata-mata.

“Saya melihat situasi ini sedang berlaku dalam industri drama dan perkara ini tanpa sedar mengetepikan peranan orang-orang lama seperti saya seolah-olah tiada fungsinya lagi.

“Bayangkan, demi menjaga nilai komersil, watak ibu atau nenek adakalanya tidak masuk akal.
“Mana tidaknya, pelakon nenek itu hampir sebaya dengan anak dan cucu! Bagaimana penonton nak rasa lakonan tu. Cukupkah hanya bergantung pada teknik solekan untuk nampak berusia?” soalnya.

Norlia atau Norlia Ghani Abdul Hamid ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Ulu Klang pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Norlia yang pernah popular dengan watak Joyah menerusi drama rantaian Opah sekitar tahun 1980-an dulu berkata, perkara ini secara tidak langsung membuatkan dirinya rasa terpinggir.

Malah dia turut mengakui sejak Ramadan lalu, dirinya tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

“Bukan tidak percaya kepada rezeki tetapi kadang-kadang faktor-faktor sebeginilah membuatkan orang-orang lama seperti saya rasa terpinggir dan tidak diperlukan lagi dalam industri.

“Agak sedih jugalah sehingga saya terfikir ada lagi ke penerbit dan pengarah drama seperti Rashid Sibir sekarang ni?

“Dia antara penerbit yang peka pada kisah-kisah kemasyarakatan yang lebih realistik dan saya percaya penonton masih mahukan karya-karya sebegitu untuk ditonton,” ujarnya dalam nada terkilan.
Norlia memulakan kerjaya lakonannya di layar perak menerusi filem Kanchan Tirana bersama Allayarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1969 dan sehingga kini telah berlakon kira-kira 16 buah filem.

The post Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada

Sekianlah artikel Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Norlia Ghani Dipinggirkan, Watak Nenek Pun Tiada dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/norlia-ghani-dipinggirkan-watak-nenek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :