Judul : News: Husam sedia jadi MB, Pas tahu akan hilang Kelantan
link : News: Husam sedia jadi MB, Pas tahu akan hilang Kelantan
News: Husam sedia jadi MB, Pas tahu akan hilang Kelantan
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata ia penting sebagai merangka strategik Pakatan Harapan untuk menawan Kelantan daripada Pas.
Bagaimanapun, Husam yang tidak mahu membelakangi parti mahu cadangan itu dipersetujui komponen Pakatan Harapan dan sedia melepaskannya jika ada calon yang lebih layak.
"Buat sementara ini, saya terima saya punya nama sementara bagi tujuan-tujuan yang saya sebutkan bagi rakyat Kelantan nampak apa latar belakang mereka dan supaya parti-parti di dalam Pakatan Harapan boleh bersatu teguh."Subjek dan syaratnya perkara ini diterima oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan. Kalau parti tolak, tak jadi lah. Kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan terima buat sementara, boleh la saya terima bagi tujuan strategik perjuangan kita khususnya di Kelantan.
"Kalau ada orang lain yang lebih layak, saya akan beri kepada orang itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah, di sini hari ini.
Beliau pada masa sama teruja dengan kritikan keras daripada Pas berhubung isu tersebut yang seolah-olah tahu akan kehilangan negeri Kelantan.
"Cadangan ini dikritik hebat oleh Pas khususnya. Saya rasa teruja seolah-olah Pas memang akan hilang kerajaan. Jadi kalau dia tak hilang Kerajaan (Kelantan), kenapa hendak bahas Menteri Besar orang lain (Pakatan Harapan)," katanya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel News: Husam sedia jadi MB, Pas tahu akan hilang Kelantan
Anda sekarang membaca artikel News: Husam sedia jadi MB, Pas tahu akan hilang Kelantan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/news-husam-sedia-jadi-mb-pas-tahu-akan.html