Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas

Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas
link : Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas

Baca juga


Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan nelayan warga Vietnam didapati mengaut gamat kira-kira 6.5 batu nautika dari perairan Pulau Kapas awal pagi tadi.

“Jabatan Perikanan pada mulanya menerima aduan dari nelayan kawasan Merchang mengenai kehadiran nelayan asing yang mencurigakan di perairan Pulau Kapas malam tadi.

“Bertindak atas aduan itu, enam anggota penguat kuasa jabatan kemudiannya mengenal pasti lokasi bot nelayan tersebut.

“Namun mereka turut berdepan detik cemas apabila kumpulan nelayan itu bertindak agresif dengan cuba melanggar bot jabatan.

“Bagaimanapun pasukan penguat kuasa dapat menahan bot itu yang membawa seorang tekong dan empat awak-awak pukul 1 pagi tadi,” kata Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali kepada pemberita hari ini.

Ia adalah tangkapan pertama melibatkan hasil gamat setakat ini tahun ini.

Zawawi berkata bot itu didapati milik nelayan tempatan yang didaftarkan di Kelantan namun menggunakan tenaga kerja warga Vietnam untuk menangkap ikan laut dalam.

Beliau berkata bot tersebut melakukan lima kesalahan iaitu menceroboh perairan kawasan nelayan tradisional, menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk menangkap gamat dan saiz pukatnya hanya 22 sentimeter berbanding 38 sentimeter yang dibenarkan.

Dua lagi kesalahan ialah cuba melarikan diri botnya tidak mempunyai ‘tin plate’ (tanda pengesahan bot Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perikanan).

Beliau berkata gamat bernilai RM2,000 turut dirampas daripada para nelayan itu.

Zawawi berkata jabatan tidak memberikan lesen untuk tangkapan gamat di Terengganu, namun aktiviti menangkap gamat oleh nelayan asing semakin berleluasa ekoran harganya yang mahal di negara jiran.

Beliau berkata tangkapan tersebut merupakan yang kesepuluh setakat ini tahun ini membabitkan nelayan asing di mana Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menahan sembilan bot dan satu lagi adalah hasil tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 20 bot yang menceroboh perairan Terengganu ditangkap di mana 11 tangkapan oleh Jabatan Perikanan dan sembilan tangkapan oleh PDRM. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas

Sekianlah artikel Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nelayan Asing Kaut Gamat Di Pulau Kapas dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/nelayan-asing-kaut-gamat-di-pulau-kapas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :