Judul : Nasib Pekebun Kecil Terus Diberi Perhatian Sewajarnya
link : Nasib Pekebun Kecil Terus Diberi Perhatian Sewajarnya
Nasib Pekebun Kecil Terus Diberi Perhatian Sewajarnya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan pemberian dividen RM106.8 juta kepada 33,864 peserta pada Majlis Penyampaian Dividen RISDA di Pekan, pada 3 Jun lalu. (Gambar: PMO Malaysia - Twitter)
Seramai 72,528 daripada mereka berkebun di Sarawak, Johor (65,317), Pahang (60,762), Kelantan (47,812), Sabah (46,720), Perak (39,424), Kedah (36,165), Negeri Sembilan (25,548), Terengganu (21,094), Selangor (9,164), Melaka (8,506), Perlis (3,215) dan Pulau Pinang (1,518).
Kesemua mereka mengusahakan keseluruhan kawasan kebun seluas 1,103,293.61 hektar yang menyumbang kepada hasil dan stok bekalan makanan negara saban tahun. Malah, jumlah pekebun kecil ini juga semakin bertambah.
SUKAR DAPAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN
Bagaimanapun, semua pihak sedia maklum, mereka yang tidak pendapatan tetap termasuk pekebun kecil seperti peserta RISDA dan mereka yang bekerja sendiri sukar untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan membeli rumah.
Secara umumnya golongan itu tidak memiliki dokumen bukti sumber dan jumlah pendapatan bulanan sebagaimana dikehendaki pihak bank walaupun mampu membuat pembayaran bulanan yang ditetapkan.
BERITA BAIK AGROBANK
Namun, semalam ada berita baik buat masyarakat RISDA. Agrobank dalam satu kenyataan media memaklumkan akan membantu merealisasikan impian golongan itu khususnya belia untuk mendapatkan pembiayaan rumah.
Bantuan itu diberikan menerusi kerjasama antara pihak Agrobank dan RISDA dengan melancarkan produk pembiayaan perumahan patuh syariah buat golongan sasar tersebut.
"Produk pembiayaan terbaru ini seiring dengan usaha Agrobank menyediakan pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian terutamanya golongan tidak dan kurang mendapat liputan," Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian Negara. Ia adalah sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong dasar yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
JUMLAH PEMBIAYAAN
Melalui Program Rumah Bina Negara (RBN) dengan kerjasama RISDA tersebut, Agrobank akan menyediakan pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000 bagi setiap peserta RISDA yang layak.
Tempoh pembiayaan pula adalah sehingga 35 tahun atau pelanggan mencapai umur 70 tahun yang mana lebih awal. Agrobank menganggap program pembiayaan itu satu usaha inovatif dalam dalam menangani isu komuniti pertanian dan luar bandar yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Bagi mendapatkan pembiayaan ini, sumber pendapatan yang diperolehi melalui aktiviti perniagaan yang diusahakan akan dinilai dan tertakluk kepada pengesahan oleh RISDA,” katanya.
Lebih menarik, pemohon dibenarkan untuk memohon pembiayaan secara bersama dengan ahli keluarga terdekat bagi memastikan ansuran bulanan pembiayaan dalam kemampuan kewangan masing-masing.
“Kami yakin produk pembiayaan ini akan diterima baik terutamanya golongan belia RISDA kerana produk ini membantu mereka memiliki rumah sendiri," katanya lagi.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Nasib Pekebun Kecil Terus Diberi Perhatian Sewajarnya
Anda sekarang membaca artikel Nasib Pekebun Kecil Terus Diberi Perhatian Sewajarnya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/nasib-pekebun-kecil-terus-diberi_23.html