“Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu

“Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu
link : “Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu

Baca juga


“Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu

PENGACARA dan penyanyi Hunny Madu sudah mempunyai rancangan untuk melebarkan bakat nyanyiannya ke peringkat antarabangsa.

Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 33, berkata dia sanggup berulang-alik ke luar negara demi mencipta nama.

“Saya ada merancang untuk melebarkan lagi karier nyanyian ke luar negara. Tambahan pula sekarang saya ada lagu duet dengan penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Radio 3000.

“Ini adalah salah satu peluang yang tidak boleh saya lepaskan. Mana tahu, selepas ini saya boleh menetap di negara tersebut.

“Bagaimanapun, tengok pada keadaan juga kalau boleh mencari rezeki menampung keluarga dekat sana, apa salahnya. Tapi bila banyak kali fikir, sayang pula nak tinggalkan Malaysia.

“Buat masa sekarang ini saya hanya ulang-alik sahaja untuk promosikan lagu tersebut,” kata Hunny Madu.

Dalam pada itu, Hunny akui bukan mudah mencari rezeki dalam industri muzik. Ramai yang beranggapan menjadi selebriti mampu untuk hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah.

“Masyarakat luar selalu fikir bila jadi artis ini boleh hidup mewah dengan senang. Tak perlu nak fikir kesusahan hidup. Tapi sebenarnya kami sama juga seperti orang lain.

“Bangun awal pagi dan pulang lewat malam untuk mencari rezeki. Mungkin mereka tidak nampak macam mana artis juga susah mencari rezeki.

“Lagu terbaru saya ini pun mengisahkan bukan mudah untuk kita dapatkan duit. Perlu ada usaha dan jangan putus asa,” ujarnya.

Terdahulu Hunny Madu sanggup meninggalkan karier sebagai penyampai radio tiga tahun lalu semata-mata ingin mengejar impiannya menjadi seorang penyanyi.

The post “Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu

Sekianlah artikel “Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Nak Jadi Artis Pun Susah” – Hunny Madu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/nak-jadi-artis-pun-susah-hunny-madu_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :