Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail

Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail
link : Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail

Baca juga


Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah Allahyarham Zailah Ismail, anak perempuan bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Beliau tiba kira-kira 1.20 petang dan disambut anggota keluarga serta jemaah sebelum menunaikan solat sunat dua rakaat, mendengar khutbah dan seterusnya menunaikan solat Jumaat yang dipimpin Imam masjid Mohd Fadlullah Mohd Nor.

Najib kemudian menunaikan solat jenazah dan bersama-sama membacakan doa agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Perdana menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor beredar meninggalkan masjid ttu kira-kira 2.20 petang.

Sementara itu, Mohd Tawfik Tun Dr Ismail, 66, memberitahu adiknya meninggal dunia kerana kanser di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 4.30 pagi tadi.

Jenazahnya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Allahyarham Zailah, 64, meninggalkan empat anak – Tariq Ismail Mustafa 38, Yassif Nagim, 36, Kamariah Shakirin, 34 dan Ismail Iskandar Wildan, 27. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail

Sekianlah artikel Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/najib-sertai-solat-jenazah-anak-tun-dr_91.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :