'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba!

'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba!
link : 'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba!

Baca juga


'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba!

'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba!

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pulau Pinang bakal memperkasakan imej Pulau Pinang sebagai hub durian kepada pelancong tempatan dan luar negara. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Tidak kira di mana, sesiapa saja pasti mengemari durian yang dianggap raja dalam kalangan buah-buahan. Keenakan menikmati durian memang sukar digambarkan dengan kata-kata dan jika anda pandai memilih durian, sudah tentu tidak kecewa dengan rasanya.

Sebagaimana keistimewaan durian itu sendiri khususnya pada masyarakat di negara ini yang ada digelar 'hantu durian' kerana terlalu obses menjamahnya tanpa jemu, orang ramai serta pelancng asing boleh mencubanya di Pesta Durian Pulau Pinang.

KUALITI TERBAIK

Acara tahunan yang ditunggui ramai ini sememangnya menjanjikan tarikan pada pengunjung kerana mereka bukan hanya berpeluang menikmati durian tetapi merasai kualiti durian yang terbaik yang dijual di sini. Apa yang menjadi tumpuan, acara ini menjadi salah satu ikon pelancongan pada negeri Pulau Mutiara ini untuk menarik perhatian lebih ramai pelancong untuk datang.

Bersempena Pesta Durian Pulau Pinang pada tahun ini, lebih 100 jenis durian menjadi pilihan pengunjung dengan tawaran harga yang cukup berpatutan antara RM20 sehingga RM80 sekilogram.

Mungkin ramai yang tahu keenakan durian di Pulau Pinang datang dari kebun sekitar Balik Pulau, Teluk Kumbar, Sungai Ara dan Relau kerana boleh dikatakan sepanjang jalan, ia dipenuhi dengan gerai-gerai durian di tepi jalan.

Acara ini secara rasmi dilancarkan kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Negeri, Dr Afif Bahardin yang memperkenalkan promosi 'Mai Pekena Durian Pulau Pinang', pada minggu lalu.

Pesta Durian Pulau Pinang yang bermula sejak 15 Jun sehingga 15 Oktober depan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada pengunjung selain ia menjadi rebutan pelancong asing yang cukup meminati keenakkan durian.

Program 'Jom Makan Durian' diadakan selama enam hari sehingga 31 Julai ini di Bayan Baru, Pulau Pinang.

KENALI DURIAN

Lazimnya, segelintir penggemar durian menganggap durian jenis Musang King adalah buah yang mempunyai kualiti paling terbaik tetapi tahukah anda sebenarnya ada banyak lagi jenis durian lain yang mempunyai kualiti terbaik yang pasti tidak mengecewakan apabila dijamah.

Jenis durian seperti Hati Merah, Kapri, Labu, Udang Merah, Duri Hitam, Kulit Hijau, D11, Kucing Tidur, Hor Loh, Thean Sang, Durian Lipan, Ang Bak Kia, Siow Hong dan D14 antara durian yang mempunyai rasa yang sangat enak.

Paling penting, ianya cukup berbaloi andai harga durian pada musim ini agak mahal berbanding musim sebelum ini tetapi sebenarnya, pengunjung dari luar dan dalam tidak pernah putus-putus datang sepanjang tempoh musim Pesta Durian Pulau Pinang ini berlangsung.

Apa yang membanggakan keenakkan durian dari Balik Pulau diperakui antara kualiti  yang terbaik di negara ini kerana sukar dibandingkan di negeri-negeri yang lain.

Seorang pengunjung, Rudy Syareme Sheriffudin menunjukkan durian yang dijual pada program 'Jom Makan Durian' yang cukup lazat dan berbaloi.

TARIKAN PELANCONG

Sementara itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pulau Pinang bakal memperkasakan imej Pulau Pinang sebagai hub durian kepada pelancong tempatan dan luar negara. Pelaksanaan itu diberikan tumpuan kepada pengemar durian buat masyarakat tempatan termasuk pelancong asing dari China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Indonesia.

Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Jonathan Freddy berkata, dalam mengetengahkan usaha berkenaan acara 'Jom Makan Durian' dianjurkan sebagaj satu tarikan ikon pelancongan buat Pulau Pinang.

Beliau berkata, jika tahun lalu ketika program ini mula diperkenalkan rekod nilai jualan durian terjual adalah RM60,000 dalam tempoh lima hari dan pihaknya menjangkakan ia akan meningkat satu kali ganda pada tahun ini.

"Tahun ini program ini turut mendapat kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Utara dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Ia diadakan selama enam hari sehingga 31 Julai depan dengan pembabitan lima pengusaha dusun durian yang akan menjual durian dengan harga yang berpatutan," katanya.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba!

Sekianlah artikel 'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Musang King' Memang Sedap Tapi Ada 100 Lagi Jenis Durian Anda Patut Cuba! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/musang-king-memang-sedap-tapi-ada-100.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :