Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat!

Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat!
link : Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat!

Baca juga


Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat!

Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat!

Perempuan ni bila diberi peluang duduk rumah uruskan anak-anak, kadang masuk waktu tengah hari terus datang mood nak masak. Ya, gigihlah Hakak kau ni masuk dapur nak memasak pikat hati encik Abang sayang!

Allah... bukan nak masak benda susah sangat pun tetapi kalau kategori yang jarang masak, perasaan 'gemuk hati' nak sediakan menu kesukaan suami itu cukup luar biasa.

Maka aku pun gigihlah tanya encik Google resepi kari Udang, lepas itu tanya kat group Rasa Nak Masak Apa?, dan nak bagi confident lebih aku telefon Ma di kampung siap-siap. Ini wajib demi menambahkan rasa masakan dengan petua orang lama. Bahan-bahan masak aku dah beli semasa ambil anak pagi tadi. Dalam kepala dah berangan nak hidangkan laki makan sedap dan terdetik di hati: "Lebih kuah kari Udang nanti nak cicah dengan roti canai. Dap owwhhh...!"

Namun nak jadikan cerita, tengah sedap menumis... aku capai perencah kari dan belek-belek tengok plastik tulis KARI AYAM ATAU DAGING! Haaa... apa lagi, cepat-cepat aku matikan api.

Terus bersiap nak ke kedai dekat-dekat rumah semata-mata nak beli perencah kari udang. Sebab nak cepat, aku angkat saja anak yang tak berbaju masuk dalam kereta. Maklumlah target nak pergi kedai depan rumah saja, malas nak masuk mall.

Lagi haru, bila singgah dua kedai pun perencah kari udang pun tak ada. Yang ada perencah kari ayam dan daging juga. Jadinya aku pulang dengan hampa.

Sampai saja di rumah terus mesej suami, "Abi sedih... nak masak kari udang tapi terbeli kari ayam. Jadi saya tukar masak kari ayam. Tak tahulah sedap ke tak sebab mood masak dah lari."

"Pastu tak nak masak setahun dan kita makan kedai je!"

Ini niat nak meluah sedikit rasa tertekan sebab mood masak aku punyalah menggunung hari ini tetiba ditelan ujian sebab salah beli perencah kari! Urrghh...

Aku tenung periuk dan pusing tengok muka anak-anak yang minta nak makan. Baiklah, aku teruskan masak walau udang bertukar ayam. Itu pun mujur ayam ada dalam peti.

Tetapi itulah... bila dah luah pada pasangan hidup, dia boleh cool dan balas mesej: "Haahahaha... tak pe sayang, sedap je."

Hmmm... daripada rasa nak buang kari yang dah siap itu, terus rasa terubat. Ok, inilah KUASA PUJUKAN CINTA SUAMI ISTERI! Ewaahhh... bukan main!

Sebenarnya aku dah luah pada seorang kawan baik si Emy Haznida dan satu team group kerja, tapi tak adalah perasaan 'gemuk hati' itu datang. Tenang itu tenanglah tapi tak sehebat kata-kata daripada seorang suami. Ini serius! #silajangankecilhatiyakawankawan

Sebenarnya Hakak kau ini saja nak kongsi, walau suami belum rasa masakan yang dibuat, tapi sebab kata-kata dia dah cukup hati tenang.

Petua Rajinkan Bini Masuk Dapur

1. Jangan bandingkan masakan isteri dengan masakan mak anda.

2. Makan habis walau kurang sedap.

3. Pujilah walau dalam hati anda sebenarnya kata tak sedap! Hahha

4. Sesekali masuk dapur tolong mana yang patut, kalau tak pandai masak suami boleh tolong basuh pinggan mangkuk.

5. Cuba request nak makan sesuatu, ini confirm dia cuba buat walau tak berapa nak pandai.

6. Jangan tunjuk cerewet dan komplen macam-macam. Komen kuah pekat sangatlah, banyak bawanglah, masin sangatlah. Cubalah ambil hati.

7. Bukan nak suruh menipu, tapi kalau nak sedap ajak dia masak lagi bersama dan anda sendiri kena mainkan peranan. Cuba rasa dan jangan sesedap hati jadi pengkritik.

Haaa... tidaklah susah mana nak pukau isteri masak, demi suami segalanya si sietri cuba. Tak gitu?


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat!

Sekianlah artikel Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mujurlah Meluah Pada Orang Yang Tepat, Tak Adalah Mood Nak Masak 'Terbang' Lama Sangat! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mujurlah-meluah-pada-orang-yang-tepat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :