Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien

Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien
link : Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien

Baca juga


Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien

KUALA LUMPUR: Sebarang isu atau persoalan pembayaran hasil peneroka yang ditimbulkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah diselesaikan melalui dana pembayaran hasil kebun peneroka.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu seharusnya maklum, pembayaran dibuat seminggu sekali atau seminggu selepas dihantar buah ke kilang di atas permohonan peneroka sendiri.

"Permohonan kira-kira 4,000 peneroka sudah selesai sama ada melalui akaun atau tunai.

"Pengurusan kebun peneroka juga diperkemaskan. Semua aduan termasuk melalui sosial media difahamkan telah diteliti satu persatu oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

"Akaun peneroka kebanyakan sudah dimuktamadkan. Apa sahaja isu yang lain sedang dirunding di antara peneroka dengan pengurus rancangan. Adakah ini tanda Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Enam insentif diumum PM tanda keprihatinan terhadap warga peneroka

BACA: Pastikan Felda ditadbir dengan integriti tinggi - Shahrir Abdul Samad

Bastien mengulas pertikaian Muhyiddin yang mendakwa warga Felda memerlukan satu penyelesaian menyeluruh terhadap permasalahan yang dihadapi.

Jelas Muhyiddin, pemberian insentif yang bersifat 'one-off' sebelum menjelang pilihan raya umum bukanlah penyelesaian yang sebenar malah hanya boleh meringankan beban mereka buat sementara waktu.

Dalam pada itu tegas Bastien, Muhyiddin perlu tahu terlalu banyak penambahbaikan yang sudah diterima peneroka selama ini.

"Antaranya pemberian geran tanam semula Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebanyak RM7,500 satu hektar yang akan mengurangkan tanggungan peneroka. Sekarang peneroka menabung dan tambahannya dari Felda perlu dibayar balik. Pemberian geran ini menyamakan peneroka Felda dengan pekebun kecil biasa (persendirian - luar Felda).

"Dana Pelupusan Hutang Berlebihan RM300 juta selama 5 tahun juga akan melupuskan hutang yang berlebihan akibat dari kesilapan Felda. Ini akan membawa tahap hutang kepada jumlah yang sederhana.

"Saham Amanah Felda iaitu 730 juta saham FGV dipegang oleh Felda bagi pihak peneroka dan dividen dari blok saham FGV ini diagihkan kepada peneroka yang layak serta petugas Felda. Impaknya seolah seorang peneroka yang layak mendapat dividen dari 7,500 unit saham FGV sebagai tambahan dividen dari 800 unit yang dimiliki sendiri," jelasnya.

Katanya lagi, penjelasan 50 peratus harga saham FGV juga mengurangkan beban kos 800 unit saham FGV yang ditanggung oleh peneroka.

"Dalam kata lain, dividen diterima adalah RM3,200 kepada setiap peneroka," tegasnya.

BACA: Generasi kedua, ketiga Felda perlu ada semangat kepenerokaan tinggi

BACA: Felda terap nilai survival tinggi - Othman Aziz

Tambah Bastien, Muhyiddin sepatutnya mengambil berat kedudukan Felda ketika di dalam kerajaan.

"Tidak perlu tunggu sehingga Tan Sri Shahrir menjadi pengerusi. Mengapa sekarang? Mungkin sebab hendak pilihan raya dan terganggu dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib tempoh hari?

"Mengapa tidak tanya Pengerusi Felda sendiri dan suruh dia jawab? Apa yang hendak dipulihkan itu Felda. Atau Muhyiddin juga mahu berdebat bersama Pengerusi Felda?

"Kami yakin dan percaya Datuk Seri Najib bertanggungjawab membela nasib peneroka-peneroka Melayu di Felda yang dimulakan sendiri oleh bapa beliau Tun Abdul Razak Hussein," jelasnya.

Datuk Seri Najib sebelum ini mengumumkan enam insentif  bagi peneroka FELDA bagi tahun ini.

Antaranya melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti terbabit.

Kata Bastien lagi, pihaknya sentiasa mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di Felda dan apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib ketika Hari Peneroka minggu lalu.

"Kalau tidak dilakukan apa-apa sudah tentu menjadi bahan untuk dikritik oleh pembangkang.

"Malah lebih pelik apabila masih ada kritikan oleh Muhyiddin yang pernah berada di dalam Kerajaan," ujarnya.

Shahrir sebelum ini berikrar memastikan perjalanan dan pentadbiran agensi itu sentiasa berada pada integriti yang tinggi.

Katanya, pengurusan Felda juga akan dipastikan sentiasa fokus dari segi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke arah kelangsungan institusi dan kemajuan warga peneroka secara keseluruhan.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien

Sekianlah artikel Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian Felda? - Bastien dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/muhyiddin-mula-bimbang-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :