M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan

M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan
link : M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan

Baca juga


M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Vietnam hari ini mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan kerjasama dalam bidang keselamatan dan kepentingan bersama.

Perbincangan berkenaan diadakan ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Tetap Vietnam Truong Hoa Binh di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan selepas kunjungan hormat itu, Ahmad Zahid berharap pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya dari  Vietnam kali ini akan membuka jalan ke arah pengukuhan hubungan dua hala serta menyediakan platform kerjasama lebih erat di samping memupuk persefahaman.

“Hubungan dua hala Malaysia dan Vietnam selama 44 tahun berkembang dengan baik, menyeluruh dan substantif.

Kedua-dua pihak menikmati hubungan kerjasama yang erat dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan   dan pelaburan, pendidikan, keselamatan, pertahanan dan hubungan sesama rakyat,” katanya.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Malaysia yakin hubungan dua hala dengan Vietnam boleh dipertingkatkan dalam bidang-bidang utama  seperti   perdagangan  dan pelaburan, kewangan, pertahanan dan keselamatan.

Selain itu, bidang lain yang boleh dipertingkatkan ialah pertanian, pendidikan, tenaga buruh, kebudayaan, belia dan sukan, pelancongan dan pengangkutan, katanya.

Jumlah perdagangan dan pelaburan Malaysia dan Vietnam berjumlah US$10.3 bilion bagi tahun lepas.

Berikutan pemeteraian Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam pada 2015, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan dua hala kepada US$15 bilion pada  2020.

Truong yang tiba semalam bagi lawatan rasmi tiga hari di Malaysia. Ini merupakan lawatan rasmi pertama Truong sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Tetap pada 9 April tahun lepas. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan

Sekianlah artikel M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel M’sia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/msia-vietnam-bincang-kerjasama-bidang_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :