Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat

Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat
link : Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat

Baca juga


Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat

BOSAN dengan majlis eksklusif di hotel dan restoran mewah, Monoloque tampil kelainan dengan mengadakan pelancaran single terbaharu mereka berjudul Slagi Ada Waktu di perkarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR),  Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur.

Vokalisnya, Loque, berkata, lokasi dipilih itu bersesuaian dengan single tersebut yang mempunyai bait lirik dekat dengan masyarakat.

“Lagu ini banyak tentang masyarakat, ada memuji dan ada juga yang menyindir sebab itu kami pilih tempat ini sebagai lokasi pelancaran.

“Kami mahu ia ada simbolik tertentu dan dekat dengan akar umbi. Sepanjang jadi anak seni kami hanya melancarkan lagu dalam majlis-majlis di Hard Rock atau restoran mewah sahaja,” ujarnya.

MonoloQue turut dianggotai oleh Dax (bes, vokal), Ijoo (gitar utama), Bakri (dram) dan Syafikraz (percussion).

Slagi Ada Waktu merupakan single dalam album kedua MonoloQue berjudul Jangan Puja Sampai Kecewa yang bakal dilancarkan penghujung bulan ini.

Tambahnya, lirik lagu tersebut menceritakan tentang perjalanan seseorang yang pernah lalai ingin kembali mencari jalan pulang.

Katanya, lagu bergenre balada itu lebih ke arah kerohanian universal yang juga percubaan pertama MonoloQue.

“Lagu ini lebih ke arah agama dan kerohanian, namun dia bersifat universal sesuai untuk semua kaum dan agama.

“Lagu ini siap pada tahun 2014 dan sudah beberapa kali buat perubahan mengikut kesesuaian sehingga saya buat keputusan untuk kurangkan instrument agar mesejnya sampai kepada pendengar,” ujarnya.

Slagi Ada Waktu boleh dimuat turun di semua platform digital seperti Apple Music, Sportify, JOOX, Yonder, iTunes dan KKBox.

The post Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat

Sekianlah artikel Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/monoloque-cari-kelainan-lancar-single.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :