Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL

Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL
link : Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL

Baca juga


Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL

SUKAN Asia Tenggara (SEA), temasya sukan dwi-tahunan membabitkan 11 negara Asean. Sukan ini dikendalikan Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Asalnya, Sukan SEA dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Tujuan Sukan SEA menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara rantau Asia Tenggara.

Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari disertai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 acara sukan.

Indonesia dan Filipina menyertai Sukan SEAP ke-8 tahun 1975. Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan SEA.

Brunei menyertai Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.

Sukan SEA 2001 secara rasminya diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dan kali kelima Malaysia menganjurkannya. Sebelum ini, Malaysia menjadi hos pada 1965, 1971 dan temasya 1977 dan 1989.

Pada 2001, sekali lagi Malaysia menjadi hos pertama abad 21. Temasya disertai 4,165 atlet dari 10 negara peserta dalam 391 acara membabitkan 32 sukan.

Tuan rumah Malaysia digelar juara keseluruhan mengikut jadual pingat rasmi, diikuti Thailand dan Indonesia. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan berjaya dipecahkan.

Logo Sukan SEA 2001 berimej api obor tanda simbol sejagat bagi kecemerlangan dan kegemilangan. Ia seringkali digunakan dalam sukan-sukan antarabangsa. Logo berbentuk anyaman ini melambangkan perpaduan dan penglibatan serta kehadiran atlet terbaik di Asia Tenggara.

Kesan anyaman ini juga membentuk huruf roman XXI yang melambangkan Sukan SEA ke-21. Warna-warna jalur gemilang digunakan bagi melambangkan identiti kebangsaan. Pada puncak obor api terdapat logo Persekutuan Sukan Asia Tenggara.

Maskot rasmi Sukan Asia Tenggara 2001 ialah seekor tupai yang bernama Si Tumas, singkatan Tupai Emas. Tupai digambarkan sebagai seekor binatang yang mesra dan ceria di samping bertenaga dan pantas dalam pergerakannya. Perkataan Si dari segi bunyinya bersamaan dengan sebutan Sukan SEA.

Pemilihan tupai sebagai maskot bertujuan untuk meminjam sifat dan perwatakannya yang mesra, periang, ceria dan ramah untuk disesuaikan kepada acara. Warna keemasan pada tupai tersebut merujuk kepada aspek kemenangan.

Kini Sukan Asia Tenggara 2017, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-29 dan secara umumnya sebagai Kuala Lumpur 2017 merupakan temasya sukan berperingkat rantau asia tenggara yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 19hb hingga 30hb Ogos 2017.

Ia akan menjadi kali keenam Sukan Asia Tenggara itu diadakan di Malaysia, selepas tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Apabila Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan Asia Tenggara pada tahun 2017, ia akan menjadi 16 tahun selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwi-tahunan tersebut.

Sebanyak 38 sukan akan dipertandingkan dalam edisi ini dan mempunyai 36 venue untuk temasya sukan, 19 di Kuala Lumpur, 10 di Selangor, 3 di Putrajaya, 2 di Negeri Sembilan dan 1 masing-masing di Terengganu dan Kedah.

Cogan kata Sukan Asia Tenggara 2017 ialah “Bangkit Bersama” Ia telah dipilih untuk menunjukkan ketibaan era di mana negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti dengan rantau Asia Tenggara.

Setelah sekian lama menempa nama di persada antarabangsa dan kini sekali lagi semua rakyatnya diseru agar mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

Ia juga menunjukkan bahawa dengan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 adalah temasya pertama Sukan Asia Tenggara diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN.

Sukan akan memainkan peranan penting menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan semangat juang berbekalkan semangat setiakawan yang jitu. -MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL

Sekianlah artikel Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menyingkap Sejarah Penganjuran Sukan SEA KL dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/menyingkap-sejarah-penganjuran-sukan_31.html

Subscribe to receive free email updates: