Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam

Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam
link : Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam

Baca juga


Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempersoalkan tindakan berdiam diri pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berkaitan rayuan persatuan itu bagi mendapatkan khidmat pemain import dari Perancis, Seydi L’ Imam.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata pihaknya kecewa dengan sikap membisu pihak FMLLP kerana tidak memberikan jawapan terhadap surat rayuan tersebut yang telah dikemukakan sejak bulan lalu.

“Kita sudah menghantar surat rayuan pada 21 Jun lalu dengan alasan dan penjelasan yang lengkap selain telah menglengkapi semua syarat dan dokumen yang dikehendaki oleh mereka (FMLPP),”  katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini FMLLP menolak permohonan Kafa untuk membawa masuk pemain import terbabit bagi menggantikan seorang lagi pemain import iaitu Alessandro Padovani Celin pada jendela perpindahan Liga Malaysia yang lepas.

Sekatan yang dilakukan oleh FMLLP itu dilakukan berikutan Kafa gagal melengkapkan dokumentasi seperti diminta oleh badan pengendali Liga Malaysia itu selain tidak memenuhi kriteria pendaftaran Liga Malaysia.

Ismail berkata KAFA akan menghantar surat pertanyaan mengenai kenapa surat rayuan yang telah dihantar mereka  tidak dijawab oleh FMLLP.

“Tindakan diam diri itu akan menjadi persoalan kepada kami. Kenapa mereka tidak menjawap surat rayuan kami. Kami mahu penjelasan dan alasan mereka kerana tindakan ini akan merosakkan kami sehingga kami tidak boleh membuat keputusan mengenai kedudukan Celin (Alessandro Padovani Celin).

Katanya beliau tidak menafikan KAFA ketika ini terdesak untuk mendapatkan khidmat penyerang import berkenaan berdasarkan keperluan semasa pasukan.

“Sememangnya kami mahu mendapatkan perkhidamat Seydi L’ Imam kerana Celin mengalami kecederaan menyebabkan beliau tidak menunjukan mutu permainan yang baik dan kita terpaksa menunggu jawapan daripada FMLLP untuk memutuskan kedudukan Celin sama ada mahu menamatkan kontraknya atau tidak,” kata Ismail.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam

Sekianlah artikel Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa FMLLP Diam Diri Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mengapa-fmllp-diam-diri-hasrat-kafa_5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :