Melampaunya denda...

Melampaunya denda... - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melampaunya denda..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melampaunya denda...
link : Melampaunya denda...

Baca juga


Melampaunya denda...

PELAJAR lelaki menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas doktor mengesahkan otot pehanya koyak dan ada tisu rosak selepas didenda gurunya di sebuah sekolah menengah agama di Kuching, Selasa lalu.

Mangsa, Muhammad Nur Haikal Shamsudin, 16, mendakwa didenda gurunya kerana dikatakan tidak menghantar tugasan subjek pendidikan sivik seperti diminta.

Bapa mangsa, Shamsudin Seri, 42, berkata, anaknya memaklumkan guru wanita sekolah berkenaan meminta anaknya bersama beberapa pelajar lain melakukan ketuk ketampi, lompatan 'squat', tekan tubi dan 'sit up' sebagai denda.

Shamsudin mendakwa, anaknya memberitahu dia dan pelajar lain perlu membuat ketuk ketampi sebanyak 200 kali, lompatan 'squat' (200 kali), tekan tubi (300 kali) dan 'sit up' (300 kali) dalam tempoh satu jam bermula 11.20 pagi hingga 12.20 tengah hari.

Menurutnya, kejadian itu tidak diceritakan kepadanya dan isteri namun pada Khamis lalu, anaknya tiba-tiba mengadu sakit pada peha selain tidak dapat berjalan.

"Anak saya tidak mahu menceritakan apa yang menimpanya namun selepas dipujuk, dia akhirnya memaklumkan didenda guru kerana tidak menghantar tugasan.

"Melihat keadaannya yang semakin tidak bermaya, saya dan isteri membawanya ke HUS dan pemeriksaan doktor mengesahkan otot pehanya koyak selain ada tisu yang rosak," katanya.

Dia berkata, laporan polis dibuat isterinya di Balai Polis Gita, Jumaat lalu, untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Katanya, banyak cara untuk mendidik namun memilih mendenda murid sehingga mendatangkan kecederaan serius sepatutnya tidak berlaku dan seorang guru itu perlu berfikir lebih matang dan tidak bertindak mengikut emosi.

"Saya serahkan kes ini untuk tindakan selanjutnya daripada polis dan berharap penyelesaian dapat diperoleh secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon memaklumkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan guru wanita terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan tindakan itu.

"Ini bukan kes dera tetapi kes mendidik melampau yang dilakukan guru sekolah berkenaan. Keluarga pelajar terbabit sudah membuat laporan polis dan Jabatan Pendidikan Sarawak masih menunggu laporan penuh kejadian itu," katanya.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Melampaunya denda...

Sekianlah artikel Melampaunya denda... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melampaunya denda... dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/melampaunya-denda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :