Judul : Mayat Bayi Perempuan Ditemui Tanpa Kepala Dan Tiada Tangan Dalam Keadaan Dikelilingi Anjing
link : Mayat Bayi Perempuan Ditemui Tanpa Kepala Dan Tiada Tangan Dalam Keadaan Dikelilingi Anjing
Mayat Bayi Perempuan Ditemui Tanpa Kepala Dan Tiada Tangan Dalam Keadaan Dikelilingi Anjing
SUNGAI PETANI, KEDAH - Satu mayat bayi perempuan tidak berkepala dan tanpa tangan sedang dikelilingi beberapa ekor anjing liar ditemui berdekatan pintu pagar sebuah kilang di Jalan Bakar 7, Bakar Arang pada jam 4.30 pagi semalam, lapor Harian Metro.
Bayi perempuan yang dipercayai berusia 9 bulan itu ditemui dalam keadaan tidak mempunyai kepala dan juga tiada kedua-dua belah tangan serta sedang dikerumuni beberapa ekor anjing yang mungkin ingin memakan mayat tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada individu yang telah menghubungi talian Mers 999 dan memaklumkan tentang penemuan mayat bayi malang itu yang dipercayai telah dibuang dengan sengaja oleh seseorang.
Menurutnya Md Zukir, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menemui bayi perempuan itu di hadapan sebuah kilang.
Menerusi siasatan dan temubual dengan orang ramai yang berada di lokasi kejadian pada ketika itu, mereka menyatakan ketika mereka menjumpai mayat bayi terbabit, anjing sedang mengerumuninya.
Hasil dari siasatan juga mendapati usia bayi perempuan berkenaan diantara 35 minggu atau 9 bulan dan didapati telah pun meninggal dunia dalam jangka masa sehari atau dua hari lalu, katanya.
Sehingga kini pihak polis sedang giat untuk mengenal pasti suspek dan kes berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Mayat Bayi Perempuan Ditemui Tanpa Kepala Dan Tiada Tangan Dalam Keadaan Dikelilingi Anjing
Anda sekarang membaca artikel Mayat Bayi Perempuan Ditemui Tanpa Kepala Dan Tiada Tangan Dalam Keadaan Dikelilingi Anjing dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mayat-bayi-perempuan-ditemui-tanpa.html