Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal

Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal
link : Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal

Baca juga


Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal

Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal

Bergambar setelah majlis selesai. (Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon drama Suamiku Paling Sweet, Mawar Rashid, 22, selamat melangsungkan pertunangan dengan Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob dalam majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara jam 4.14 petang semalam.

Acara menyarung cincin.

Raf, 32, yang juga adik penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley adalah seorang usahawan, pelakon, pengacara dan model.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu, mereka berdua diperkenalkan oleh pelakon, Emma Maembong pada Januari lalu.

Doa selamat semoga semua berjalan dengan lancar.

"Saya mengenali Raf di sebuah restoran yang turut ditemani Emma dan rakan lain. Ketika itu, Emma menyuarakan hasrat untuk menemukan kami kerana Raf sudah dianggap seperti abang angkat olehnya.

"Emma dan adik-beradiknya juga sebenarnya adalah kawan rapat saya sejak di bangku sekolah sehingga sekarang. Justeru, keakraban kami seperti adik beradik berlainan ibu bapa.

Antara ahli keluarga yang hadir.

"Sejujurnya, saya tidak pernah percaya dengan istilah jatuh cinta pada pandangan pertama. Hakikatnya, saya ternyata salah.

"Kali pertama saya bertemu Raf, dia berjaya menambat hati saya sehingga hati menjadi berdebar tidak seperti kebiasaan. Saya dapat merasakan aura unik dalam diri Raf. Barangkali, ini disebabkan cara pembawaan dirinya yang agak berbeza berbanding orang lain," kata Mawar.

Bergambar kenangan beramai-ramai.

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan dijangka akan berlangsung pada hujung tahun ini namun belum ada tarikh lagi kerana mereka berdua terikat dengan jadual penggambaran yang sedang dalam perbincangan bersama pihak produksi.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal

Sekianlah artikel Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mawar-rashid-bertunang-dengan-raden.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :