Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2?

Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2?
link : Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2?

Baca juga


Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2?

Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2?

Pulau Ketam menjadi lokasi penternakan akuakultur sejak tahun 1988 yang membantu aspek perikanan di negeri Selangor, (Gambar: cuti.my)

Pada 23 Jun lalu penternak ikan sangkar di Pulau Ketam, Klang, Selangor mengeluh kerana mendakwa terpaksa membayar lesen pendudukan sementara (TOL) yang tinggi kepada kerajaan negeri. Mereka mendakwa langkah kerajaan Selangor mengenakan kadar bayaran TOL sebanyak RM2 sekaki persegi ke atas penternak di situ bakal menjejaskan kehidupan mereka.

Penternak terbabit mendakwa caj pada kadar tersebut memaksa mereka membayar antara RM60,000 sehingga RM100,00 setahun, mengatasi pendapatan yang mereka peroleh.
 

PENTERNAKAN AKUAKULTUR DI PULAU KETAM

Berdasarkan laporan media, penternakan akuakultur di Pulau Ketam bermula secara kecil-kecilan pada tahun 1988 membabitkan lima pengusaha.

Projek berkenaan terus berkembang dan pada tahun 2015, seramai 52 pengusaha beroperasi di perairan Klang dengan 37 daripadanya penternak berlesen Sistem Kultur Laut (SKL).

Pada tahun 2015, Selangor mengeluarkan ikan ternakan sangkar daripada spesis kerapu, merah, siakap dan jenahak melebihi 1,800 tan metrik membabitkan nilai RM44.5 juta.
 

KERAJAAN SELANGOR NAFI

Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan media baru-baru ini bagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat oleh penternak di Pulau Ketam mengenai kadar TOL dan menyifatkan ia satu tuduhan yang tidak berasas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, jumlah sebenar kadar bayaran TOL yang  dipersetujui kerajaan Selangor hanya 40 sen semeter persegi setahun.

Menurutnya, kadar itu disahkan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan KE 15/2016 pada 27 April 2016 berbanding dengan kadar nilaian yang diberikan oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) iaitu RM4 semeter persegi setahun.

"Kadar bayaran TOL kepada pengusaha ikan sangkar oleh kerajaan Selangor antara yang terendah jika dibandingkan dengan kadar di negeri lain. Sebagai contoh, Pulau Pinang 45 sen semeter persegi, Perak 60 sen semeter persegi dan Johor 50 sen semeter persegi.

"Anggaran keluasan setiap pengusaha di kawasan penternakan ikan dalam sangkar di Pulau Ketam adalah maksima 20,000 meter persegi manakala keluasan minima pula sekitar 500 meter persegi," katanya.
 

SIAPA YANG BETUL?

Kenyataan kerajaan Selangor itu secara tidak langsung bermakna pengiraan dengan keluasan maksima 20,000 meter persegi untuk kadar bayaran TOL sebanyak 40 sen semeter persegi cuma RM8,000 setahun.

Jika mengambil kira keseluruhan caj-caj sedia ada yang dikenakan Jabatan Perikanan Selangor untuk tempoh setahun adalah kira-kira RM9,070 dan caj tersebut tidak termasuk caj levi pekerja asing yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat.

Ia sangat berbeza dengan keluhan penternak Pulau Ketam yang mendakwa terpaksa membayar TOL di antara RM60,000 sehingga RM100,000 setahun kepada kerajaan negeri.
 

CARI PENYELESAIAN TERBAIK

Walau apapun kenyataan yang dilemparkan kedua-dua pihak, kemelut yang berlaku antara penternak dan kerajaan Selangor wajar ditangani secepat mungkin.

Tidak guna pihak terlibat bertegas dengan pandangan masing-masing dalam berhadapan isu tersebut sehingga menyukarkan penyelesaian terbaik untuk merungkai permasalahan yang timbul.

Zaidy dalam kenyataan sama memberi jaminan akan mengadakan pertemuan dengan ke semua penternak ikan sangkar Pulau Ketam dalam masa terdekat untuk berbincang lanjut me ngenai isu tersebut.

Penternak terlibat wajar mengambil kesempatan daripada pertemuan ini untuk menyuarakan segala rasa tidak puas hati dengan harapan masalah mereka dapat diatasi segera.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2?

Sekianlah artikel Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mana Satu Betul Kena Bayar 40 Sen Atau RM2? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/mana-satu-betul-kena-bayar-40-sen-atau_5.html

Subscribe to receive free email updates: