Judul : Malaysia perlu jaga hubungan dengan semua pihak - Hishammuddin
link : Malaysia perlu jaga hubungan dengan semua pihak - Hishammuddin
Malaysia perlu jaga hubungan dengan semua pihak - Hishammuddin
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penting bagi negara ini untuk menjaga hubungan dengan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah dalam menangani kemelut Daish di rantau ini.
"Perpaduan ummah itu sangat penting. Maka, tiada sebab untuk kita memilih pihak di Timur Tengah, sama ada Qatar atau negara Arab yang tidak bersetuju dengan mereka.
"Jika perbalahan antara negara berkenaan tercetus dan menjadi lebih teruk, kumpulan radikal seperti Daish akan mendapat jalan mudah bagi menumbangkan ummah," katanya.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.Pada bulan lalu, lima negara, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain, bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, mendakwa negara itu menyokong kegiatan pengganas.
Sementara itu, mengulas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, Hishammuddin menyifatkan ia satu tindakan wajar.
Beliau turut mengecam tindakan DAP yang dikatakan menuding jari kepada Barisan Nasional berhubung perkara tersebut sedangkan ia merupakan isu dalaman parti itu sendiri.
"Sebelum ini mereka kata mereka memperjuangkan demokrasi. Kenapa takut sangat buat pemilihan semula jawatankuasa mereka?" soalnya dengan nada keras.
"Jangan ambil kesempatan ini untuk menuding jari ke BN dan UMNO," tambahnya.
Pada Jumaat, ROS mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula ahli CEC yang baharu bagi memilih 20 orang anggota yang sah, susulan tindakannya memutuskan pemilihan semula pada 29 September 2013 lalu tidak sah dari segi undang-undang.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Malaysia perlu jaga hubungan dengan semua pihak - Hishammuddin
Anda sekarang membaca artikel Malaysia perlu jaga hubungan dengan semua pihak - Hishammuddin dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/malaysia-perlu-jaga-hubungan-dengan.html